Pusat tuisyen, tadika di zon hijau Sarawak dibenar beroperasi bermula Esok

KUCHING: Semua pusat tuisyen dan taman didikan kanak-kanak (tadika) yang berada di zon hijau di Sarawak dibenarkan kembali beroperasi mulai esok kata pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Douglas Uggah Embas hari ini.

Beliau yang juga timbalan ketua menteri I berkata, semua pengusaha pusat tuisyen dan tadika terbabit dikehendaki mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan.

DBKL larang jual minuman keras di kedai runcit & serbaneka mulai Oktober 2021



Sementara itu, Uggah berkata, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak membuat pindaan SOP untuk sektor peruncitan bagi kawasan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang berkuat kuasa pada 18 Nov.

“Antara SOP tersebut adalah penggunaan alat pengimbas suhu automatik yang saya lihat kurang pengawasan daripada premis terbabit yang membiarkan pelanggan berseorang mengambil suhu…kita tidak tahu sama ada mereka (pelanggan) demam atau tidak.

“Selain itu, bagi syarikat di industri perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian, peruncitan dan makanan di seluruh Sarawak perlu memastikan penguatkuasaan ke atas semua pekerja mereka agar sentiasa mematuhi SOP sepanjang masa,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini.



Najib balas balik ‘posting’ Fadli Shaari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker