Kenyataan ‘rela mati dalam gelanggang politik’ bukti Shafie angkuh, ketepi rakyat, kata ahli Parlimen Kimanis

Seorang ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sabah menyifatkan Shafie Apdal sebagai ahli politik yang angkuh dan tidak mempedulikan kebajikan rakyat.

Ahli Parlimen Kimanis, Mohamad Alamin berkata demikian ketika mengulas kenyataan Shafie di Dewan Rakyat yang mempertahankan keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) dengan berkata, beliau “rela mati dalam gelanggang politik’ daripada menyerahkan kuasa kerajaan yang dipimpinnya ketika itu.

Katanya, pendirian Shafie itu juga membuktikan beliau secara langsung menunjukkan sikap tidak mengambil berat tentang kebajikan dan kepentingan rakyat ketika negara berhadapan dengan penularan wabak Covid -19.

“Sudah menjadi bukti bahawa PRN Sabah secara langsung menjadi punca utama kepada jangkitan serius Covid-19. Masalah itu sudah tentu boleh dielakkan sekiranya tidak ada PRN.

“Itu sebabnya kita menegaskan agar Shafie bertanggungjawab atas apa yang berlaku di Sabah sekarang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shafie ketika ditanya oleh Alamin di Dewan Rakyat tengah hari tadi apakah beliau kesal mencadangkan pembubaran DUN Sabah berkata, “saya rela mati dalam gelanggang politik daripada menyerahkan kerajaan”

“Biar rakyat tentukan,” tambahnya, menurut laporan portal Malaysiakini.

Menurut Shafie, PRN Sabah tidak akan diadakan sekiranya pentadbirannya “tidak diganggu”.

“Nak serah kuasa baik saya mati dalam gelanggang politik.” kata Shafie. FMT

Shafie tak mati dalam gelanggang politik, rakyat mati kerana Covid-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker