Shafie tak mati dalam gelanggang politik, rakyat mati kerana Covid-19

Biar saya mati dalam gelanggang – Shafie

Bekas ketua menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal mempertahankan keputusannya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah selepas kerajaan Warisan pimpinannya diganggu-gugat pihak tertentu.

“Saya rela mati dalam gelanggang politik daripada menyerahkan kerajaan. Biar rakyat tentukan,” katanya dalam perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.

Shafie berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mohamad Alamin (BN-Kimanis) apakah dia kesal kerana mencadangkan pembubaran Dun bagi mengadakan PRN Sabah sehingga membawa peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.



Tegas Shafie dia tidak akan tunduk kepada pihak yang mengamalkan konsep “cash is king” dan mempunyai keupayaan untuk membeli wakil rakyat.

Katanya, PRN Sabah tidak akan berlaku jika kerajaan pimpinannya tidak diganggu oleh pihak tertentu. Mk

Nota Editor : Ternyata Shafie tak mati dalam gelanggang politik kerana masih hidup.

Yang menjadi mangsa adalah rakyat Sabah kerana ramai yang mati kerana Covid-19.



Sekiranya Shafie mendahulukan rakyat, pastinya Sabah tidak teruk dilanda pandemik Covid-19.

Shafie juga lupa bahawa beliau yang “merampas” kerajaan Sabah dari pemenangnya.

Pembubaran Dun Sabah hanya berlaku kerana ketamakan dan kerakusan sang lanun mahu membedal serta terus berkuasa.

PRN Sabah pembaziran wang kerana Shafie gila kuasa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker