PRN Sabah pembaziran wang kerana Shafie gila kuasa

DUN Sabah sudah pun dibubarkan oleh TYT Negeri Sabah atas “desakan” Shafie Apdal.

Shafie Apdal sudah maklum bahawa beliau tidak lagi mempunyai majoriti di Dun Sabah.

Sepatutnya, TYT berjumpa pihak yang mempunyai majoriti dan membuat keputusan tetapi beliau tidak melakukannya. Malah Musa Aman dan beberapa pemimpin lain dihalang dari memasuki Istana Negeri.

Shafie sebelum ini berkata tidak akan mengadakan pilihan raya kikat di negeri Sabah kerana kos yang tinggi.

Beliau juga berkata di kala negara dilanda pandemik Covid-19 adalah tidak wajar dilakukan pilihan raya.

Shafie juga lupa bahawa beliau yang “merampas” kerajaan Sabah dari pemenangnya.

Pembubaran Dun Sabah hanya berlaku kerana ketamakan dan kerakusan sang lanun mahu membedal serta terus berkuasa.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker