KWSP Akur, Walaupun Belum Menyeluruh Ini Juga Satu Kemenangan Buat Rakyat

Pengumuman KWSP

1. Bayaran pertama lumpsum sehingga RM4k bagi mereka dengan baki akaun 1 sebanyak RM90,000 dan ke bawah.

Baki RM5k (menjadi jumlah keseluruhan pengeluaran RM9k) dibayar secara ansuran bulanan.

2. Bayaran pertama lumpsum sehingga RM10k bagi mereka dengan baki akaun 1 sebanyak RM90,000 dan ke atas.

Jumlah pengeluaran dibenarkan ialah 10% daripada akaun 1 (sehingga RM60k) dan dibayar secara ansuran bulanan.

Tapi kebimbangan saya ialah jumlah ahli yang layak dianggarkan sebanyak 2 juta orang sahaja berbanding 4.7 juta orang bagi skim I-lestari. Mungkin perlu sedikit pencerahan bagi isu ini sebab syarat hanya untuk mereka yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.

Bagaimana pula dengan mereka yang pendapatan bulanan yang telah turun tetapi tidak hilang kerja?

Sekarang kita tunggu keputusan bagi lanjutan moratorium pinjaman secara automatik dan secara pukal.

https://www.kwsp.gov.my/…/i-sinar-enables-2-million…

i-SINAR MEMBOLEHKAN 2 JUTA AHLI TERKESAN MENGAKSES AKAUN 1

Pendahuluan maksimum pertama antara RM4,000 hingga RM10,000

KUALA LUMPUR, 16 November 2020: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar.

Setelah meneliti dan menilai keadaan semasa, KWSP telah mengambil langkah untuk memperluaskan skop i-Sinar yang merangkumi ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan. i-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan tersedia untuk ahli yang layak.

Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.

Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

 

Sebagai contoh:

Simpanan Akaun 1 RM90,000 dan ke bawah

Simpanan Akaun 1 lebih RM90,000

Maksimum sehingga RM9,000 (tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100)

10% daripada simpanan (tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000)

Pendahuluan bulan pertama maksimum hingga RM4,000

Pendahuluan bulan pertama maksimum hingga RM10,000

Contoh:

Baki Akaun 1:

Amaun pendahuluan dibenarkan:

RM4,500

RM4,400

RM10,000

RM9,000

RM70,000

RM9,000

Contoh:

Baki Akaun 1:

Amaun pendahuluan dibenarkan:

RM100,000

RM10,000

RM500,000

RM50,000

RM800,000

RM60,000

Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.

Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat
16 November 2020

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker