Kenaikan Gaji Wakil Rakyat ‘Backdated’, Apa Masalah – Timbalan Menteri Besar

Penentuan penguatkuasaan kenaikan gaji baru barisan wakil rakyat dan exco kerajaan Kelantan akan diputuskan oleh menteri besar.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah berkata, kenaikan itu akan bermula apabila warta pindaan rang undang-undang (RUU) saraan diwartakan.

“Itu menteri besar akan buat keputusan, terserah kepada beliau. Sebab itu saya tak sebut sebab menteri besar akan tentukan.

“Ia bermula apabila digazetkan,” katanya kepada media di Kota Bharu, hari ini, ketika ditanya bilakah kenaikan gaji baru yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan baru-baru ini akan bermula.

Najib Tegur Kementerian Kewangan, Fakta Kerajaan Perlu Tepat Jangan Ke Laut

Terdahulu DUN Kelantan sebulat suara meluluskan RUU saraan anggota pentadbiran dan ahli-ahli dewan negeri pindaan 2020.

RUU itu dicadangkan timbalan menteri besarnya, Mohd Amar Abdullah sebagai suatu enakmen dengan tiga kali bacaan.

Mohd Amar (PAS- Panchor) ketika membentangkan cadangan tersebut berkata, pindaan dikemukakan berikutan keadaan terkini yang mencabar kepada anggota-anggota pentadbiran dan Adun.

Ia, katanya, juga bagi menyelaraskan dengan elaun di negeri-negeri lain.

Sementara itu ditanya mengenai dakwaan kenaikan gaji itu akan dibayar secara undur tarikh (backdated), katanya, perkara itu juga akan ditetapkan oleh menteri besar.

“Itu tak tahulah, kita tunggu keputusan menteri besar. Kita nak jawab pun tak boleh.

“Tapi kalau backdated pun apa masalah? Semua jadi masalah, tak apa setakat wartawan saya boleh belanja. Yang penting tulis elok-elok,” katanya dengan nada berseloroh.

20 pegawai, anggota polis disyaki terlibat sindiket Macau scam, judi dalam talian, ditukar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker