Mayweather kembali bertinju

TOKYO: Legenda tinju, Floyd Mayweather akan kembali ke gelanggang untuk aksi di sini pada Februari tahun depan, namun belum disahkan lagi siapa lawannya.

Bekas juara dunia yang sudah bersara itu memberi bayangan mengenai pertarungan itu apabila pernah beraksi dalam acara pertunjukan menentang atlet kickboxer Jepun pada 2018.

Bagaimanapun, penganjur tidak menyatakan sebarang maklumat lengkap mengenai aksi akan datang.



Ia akan menjadi sebahagian daripada acara yang dikenali sebagai ‘Mega 2021’ di Tokyo Dome pada 28 Februari, kata jawatankuasa produksi dalam satu kenyataan media.

Mereka juga menyatakan pertarungan bakal membabitkan juara dari setiap kategori termasuk Mayweather, namun tiada maklumat lengkap dengan siapa bintang Welterweight itu akan bertarung.

Petinju berusia 43 tahun itu berkongsi video di Instagram, minggu lalu bahawa dia akan kembali bertarung.

“Tokyo, Jepun, saya akan kembali pada 2021. Saya tahu Sukan Olimpik akan diadakan di Jepun pada 2021 tapi saya sendiri, Floyd ‘Money’ Mayweather dan pasukan bakal melakukan sesuatu yang besar di Tokyo Dome, Jepun,” katanya.



Mayweahther bersara tiga tahun lalu dan walaupun mengumumkan keluar dari persaraan pada tahun ini, namun setakat ini dia masih belum kembali ke gelanggang.

– AFP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker