Saya minta cerai bersebab – Nurul Shuhada

Saya minta cerai bersebab – Nurul Shuhada

Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, 29, iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, berharap kemelut rumah tangganya dapat diselesaikan dengan baik dan segera.

Nurul Shuhada berkata, dia berharap kes perceraiannya akan selesai menerusi perbicaraan ditetapkan pada 27 Julai depan.

“Hari ini, kedua-dua pihak sudah memberikan keterangan kepada mahkamah. Jadi, saya serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan kerana ini adalah berkaitan hukum Allah.

“Saya serahkan kepada pihak mahkamah untuk memutuskan mengenai lafaz cerai kali pertama dan kedua. Jadi, kalau berlaku, kita nak tahu jatuhnya talak berapa.

“Sebabnya, saya takut akan pembalasan, kalau kita main hukum Allah.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Allah permudahkan dan lembutkan lidah saya untuk menjawab soalan lisan dengan baik. Pada 27 Julai depan, semuanya akan diselesaikan,” katanya yang ditemui selepas prosiding sebutan pengesahan lafaz cerai Hafidz terhadap dirinya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, tengah hari tadi.

Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, di sini, menetapkan 27 Julai depan untuk keputusan lafaz cerai antara pasangan berkenaan.

Perkara dimaklumkan oleh Hafidz yang ditemui di mahkamah selepas prosiding perbicaraan pengesahan lafaz cerai antaranya dan Nurul Shuhada.

Mengulas kenyataan Hafidz berhubung dirinya yang pernah beberapa kali meminta cerai, Nurul Shuhada berkata, dia tidak berbuat demikian tanpa sebab munasabah.

“Kalau hidup saya bahagia, dibelai, disayangi dan dikasihi suami, punca perceraian itu dari mana? Jadi, punca itu daripada dirinya sendiri.

“Dia sendiri mengaku akan membuat deklarasi mengenai hubungannya dengan orang ketiga itu. Jadi, semua orang boleh tahu apa punca berlakunya perceraian antara kami.

“Hafidz mengaku mengenainya. Ada saya fitnah? Saya tak fitnah bukan? Jadi, semua orang boleh tahu punca keretakan berlaku. Semua itu bukan daripada mulut saya.

“Semua berlaku atas kehendak Allah. Jadi, kita nak habiskan isu ini dengan cepat. Saya nak selesaikan hal persekolahan anak-anak sebab saya tak dapat mendaftar, memandangkan saya tiada sijil cerai dan sebagainya,” katanya.

Tambah Nurul Shuhada, dia juga reda atas ketentuan Allah apabila rumah tangga yang dibina selama 10 tahun bakal berakhir.

“Semua takdir ini sudah ditulis Allah untuk saya dan anak-anak. Saya terima dengan hati terbuka, semuanya hak Allah.

“Allah bagi kepada saya dan anak-anak dan sekarang, dia nak ambil balik. Saya sudah bersedia.

“Saya serahkan kepada Allah. Hidup kita ini penuh dengan kejutan dan ini adalah benar-benar kejutan buat saya.

“Semua yang berlaku atas pilihan Hafidz. Dia yang pilih semua ini. Harapan saya, agar semuanya dapat berakhir dengan baik,” katanya.

Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.

Sebelum itu, adik Nurul Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz melafazkan talak satu terhadap kakaknya pada 22 Februari lalu menerusi panggilan telefon.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6, dan Umar, 2. BH

Saya minta cerai bersebab – Nurul Shuhada

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?

Janna Nick mohon maaf pada Ustaz Wadi

Bikers ‘Otak Kecil’ halang laluan disaman Polis

Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker