MRSM: Kerajaan tak jadi laksana syarat baru

MRSM: Kerajaan tak jadi laksana syarat baru

Selepas mendapat kritikan dari pelbagai pihak berhubung syarat baru kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Menteri Pembangunan Luar bandar Mahdzir Khalid hari ini berkata dasar pengambilan asal – yang terbuka kepada semua pelajar dan aliran sekolah – dikekalkan.

“Saya hendak tegaskan bahawa dasar dan syarat kemasukan ke MRSM kita kembalikan kepada syarat asal seperti sebelum ini bagi memberi peluang kepada semua pelajar untuk memohon.



“Kelayakan dan pemilihan pelajar pula dibuat berdasarkan kepada Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) yang menguji kecenderungan pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta keperibadian pelajar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, beberapa pemimpin pembangkang menyuarakan bantahan terhadap syarat baru kemasukan MRSM yang hanya menerima pelajar dari sekolah menengah kebangsaan (SMK) dan sekolah kebangsaan (SK).

Sebelum ini, laman rasmi MRSM bagi kemasukan 2022 antaranya menyatakan kemasukan bagi tingkatan satu dan empat hanya dihadkan kepada permohonan calon dari SK dan SMK.

Ini bermakna MRSM tidak menerima pelajar dari sekolah rendah atau menengah jenis kebangsaan, sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan sekolah menengah agama kebangsaan.



Menurut Mahdzir, dasar 10 peratus pengambilan pelajar bukan bumiputera juga akan dikekalkan seperti sebelum ini.

Mengulas lanjut ahli Parlimen Padang Terap itu berkata kualiti dan sistem pendidikan yang tersendiri serta berkualiti tinggi yang diterapkan MRSM telah menyebabkan permintaan dalam kalangan pelajar sangat tinggi.

Tambahnya, MRSM hanya mampu menampung 7,500 pelajar tingkatan satu dan 2,000 pelajar tingkatan empat bagi setiap sesi pengambilan tahunan.

Permohonan yang diterima tahun ini pula katanya berjumlah 77,834 bagi tingkatan satu dan 24,495 bagi tingkatan empat untuk sesi kemasukan 2022.



Kata Mahdzir dasar Majlis Amanah Rakyat (Mara) ialah menyasarkan untuk menyediakan kuota 60 peratus kepada pelajar cemerlang dalam kalangan keluarga B40 bagi mengikuti pengajian di MRSM.

Untuk rekod, bilangan MRSM di seluruh negara adalah 55 buah dan mampu menampung 37,198 pelajar. Mk

MRSM: Kerajaan tak jadi laksana syarat baru


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Sekolah tetap dibuka 3 Oktober – Radzi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker