Pertahan kehilangan RM41 sebulan, Mungkin saya orang paling dibenci di Malaysia sekarang – CEO KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) belum membuat keputusan membenarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 dan masih dalam peringkat perbincangan dengan Kementerian Kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Tunku Alizakri Alias berkata, KWSP tidak akan menggadaikan masa depan pencarumnya dengan membuat keputusan melulu atau terpengaruh dengan mana-mana desakan berhubung isu berkenaan.

Tunku Alizakri berkata, meskipun berdepan pelbagai tekanan termasuk daripada ahli politik yang sebulat suara menyokong pengeluaran RM10,000 dari Akaun 1, katanya, ia tidak akan mematahkan semangat pasukannya dalam membuat keputusan terbaik demi jaminan masa depan pencarum.

“Saya faham ramai orang marah, bimbang, rungsing kerana kesan pandemik ini yang tidak pernah berlaku kesan sebesar ini.

Pengeluaran Akaun 1 KWSP populis dan tidak praktikal? Ini Najib jelaskan..

“Mungkin, saya menjadi orang paling dibenci di Malaysia sekarang kerana membuat keputusan yang tidak popular.

“Biarlah orang kecam saya tetapi akan jalankan tugas saya untuk melindungi masa depan ahli,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Kata Tunku Alizakri, KWSP mendengar pandangan semua pihak sebelum membuat keputusan berhubung perkara itu.

“Kita akan melihat semua aspek secara menyeluruh dengan mengimbangi keperluan semasa ahli sebelum membuat keputusan rasional yang bukan saja akan menyelesaikan masalah hari ini tetapi menjamin kelestarian masa depan ahli,” katanya lagi.

Pengeluaran Akaun 1 KWSP populis dan tidak praktikal? Ini Najib jelaskan.. Siri II

Gaji rendah punca caruman rendah

Tunku Alizakri turut mendedahkan bahawa berdasarkan statistik KWSP, sejumlah 43 peratus atau 5.38 juta ahli di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam Akaun 1 mereka.

Statistik itu menunjukkan bahawa 54 peratus atau 137,000 daripada 245,000 ahli yang berumur 54 tahun pada 2020, mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dan bakal mengharungi hidup persaraan dengan pendapatan hanya RM200 sebulan bagi tempoh 20 tahun.

“Jumlah RM200 itu adalah sangat jauh daripada paras kemiskinan negara iaitu RM2,208 untuk satu isi rumah dan juga RM2,450 untuk perbelanjaan asas seorang warga emas seperti yang dinyatakan dalam kaji selidik oleh Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC),” katanya lagi.

Tambahnya lagi, faktor gaji yang rendah menjadi punca ramai pencarum mempunyai simpanan yang sedikit dalam Akaun 1.

“Sebelum ini ramai pencarum yang memiliki gaji asas rendah di mana selebihnya adalah dalam bentuk elaun.

“Namun, keadaan itu kini sudah bertambah baik susulan penetapan gaji minimum yang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya lagi.

Moratorium Pukal dan Pengeluaran RM10 ribu KWSP, Syarat Wajib BN Sokong Belanjawan!

Cadangan untuk membenarkan pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 1 mendapat pelbagai reaksi, dengan sesetengah pakar berkata langkah itu bukanlah penyelesaian yang baik dalam membantu rakyat berdepan kesempitan ekonomi.

Ada pula yang mempersoalkan hikmah menyimpan wang untuk kegunaan pada waktu sukar, sedangkan kesulitan ekonomi sudah pun melanda sekarang.

Ketika membentangkan Belanjawan 2021 pada Jumaat, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan yang pencarum akan dibenarkan mengeluarkan RM500 sebulan daripada Akaun 1 selama 12 bulan, atau berjumlah keseluruhan RM6,000.

Pengeluaran itu boleh dilakukan bermula Januari 2021.

Tengku Zafrul turut meminta Tunku Alizakri agar bersikap fleksibel dalam perkara itu.

Tiga cara kerajaan bantu KWSP tambah pendapatan – Najib

Related Articles

2 Comments

  1. Satu kenyataan CEO ke.????Sapa benci sapa. Layak ke jadi CEO??? Cuba bagitau kerakyat Actual Figure Cash flow yg KWSP ada dalam peti besi dalam negara?. Takut jika keluaran RM10000 seorang serentak maka KWSP tak cukup wang nak bayar sbb peti besi kosong dah dah jadi negative. Habag mai berapa ramai pencarum yg KWSP kesanggupan bayar each RM10k dgn simpanan terkini yg ada inhouse. Datuk Najib pun ada simpan kat rumah PM lumpsum cukup nak bayar ahli ahli Parti beliau untuk berkempen. Satu jumlah yg lebih dari cukup untuk satu kempen pilihan raya. Kenapa KWSP tak mampu bayar dgn asset declare beratus billion pada pencarum hanya RM10k sorang

  2. Seriously statement dari CEO KWSP???? atau nak ‘cover’ duit simpanan rakyat dah terjejas sbb salah investment… Ingat berapa juta rakyat malaysia menyimpan setiap bulan & then keadaan kritikal mcm ni rakyat perlu guna…xkisah lah berapa simpanan dia dlm acc 1…at least ada penyambung ekonomi…mmg xbyk membantu tp at least bg mereka sdh cukup untuk try survive 2-3 bulan…. Utk makluman yg ada gaji tetap & tinggi xpayah nak bersuara atau pertikaikan kenapa ramai rakyat yg d bawah pendapatan Rm4000 sebulan mengharap ini di sebabkan byk yg terjejas… yg T20 & M40(mayb half of the group) jgn sekali2 bersuara bgtau pengeluaran akaun 1 kwsp tidak wajarlah,merugikan & lain2 sbb kamu tidak terjejas di sebabkan pandemik ini kerana kamu still buat 1 kerja & pendapatan kamu msh boleh menampung perbelanjaan kamu setiap bulan tapi kebanyakan rakyat ada yg buat 2-3 kerja tp still merasa susah…kenapa buat 2-3 kerja still susah?sini sy explain…sbb mostly ramai rakyat mostly try out jadi ‘seller’ but end up too many seller in the market will hardly for them to gain sales because ‘buyers’ dah berkurang…. To the ‘Top’ people in MY look around you..see what is going on actually & see how many ppls suffer because of this pandemic…No matter u got whatever ‘titles’ on you, its useless cuz most of you jst consider about ur self..its a fact way before this n till now…

    I nvr want to voice it up but when things go worse & see around us that many people try to survive wth do lots of jobs… Rakyat tau jg gov tdk akan dapat bantu dari segi wang sehingga bila2 sekiranya pandemik ni trus berlanjutan jadi apa yang rakyat inginkan adalah untuk guna duit simpanan mereka dalam KWSP tanpa ada apa2 syarat ketat untuk pengeluaran kerana mereka pun faham kerajaan perlu berbelanja di tempat-tempat yang lebih penting untuk memastikan ekonomi negara kita tidak terlampau terjejas… lagi satu ada golongan T20 bersuara jangan gunakan duit one-off akaun 1(jika di luluskan lah) utk berniaga..come on lah biar setiap rakyat yang dapat pengeluaran tu menentukan hala tuju penggunaan duit itu…kalau dorang nak beli motor utk jadi rider or nak set-up business kecik2 itu hak mereka sbb kalau di guna kan hanya utk beli barang keperluan atau bayar bil-bil duit tu akan ‘mati’ di sana sebab tu mereka perlu do something about their ‘money’ so that it will grow up slow & steady…

    Kalau sy nak bahaskan panjang lebar benda ni dan lain-lain pun sometimes useless sebab manusia yang berada di ‘atas’ (mostly) kurang memahami kesengsaraan apa yang rakyat tengah lalui sekarang..kalau ‘mereka’ betul-betul memahami sepatutnya bulan Mac atau April,mereka sepatutnya telah buat research & cari solution jika pandemik ini berterusan apa yang mereka perlu buat tp masalahnya solution selalu di buat ‘last minute’ & kadang2 tidak adil bagi rakyat…

    Last reminder, kepada pemimpin-pemimpin atau yang memiliki kuasa atau jawatan yang boleh ‘ bersuara’ atau membantu rakyat (ini terutamanya pemimpin yang beragama Islam)..ingat kamu akan di persoalkan di akhirat nanti sebab tugas yang kamu pegang di dunia ini adalah atas suara setuju dari majoriti rakyat & jika kamu gagal dalam menjalankan tugas kamu sebagai pemimpin bersiap sedialah untuk menjawab di akhirat nnti…mgkn kamu menganggap ini remeh atau tidak mempedulikan hal-hal ini di sebabkan di ‘buai’ sangat dengan hal duniawi… Pilihan & Keputusan di tangan ‘kamu’ wahai pemimpin-pemimpin sekalian…

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker