Damian Mikhail kritik format GV10

Damian Mikhail kritik format GV10

Bekas anggota kumpulan VE, Damian Mikhail tidak bersetuju program Gegar Vaganza edisi All Stars yang bakal bersiaran pada 24 September ini.

Mengulang Konsep Yang Sama
Damian berpendapat program yang menampilkan 10 bekas juara menerusi sembilan musim terdahulu tidak mempunyai objektif selain mengulang konsep pertandingan serupa.

Apabila sudah jadi juara itu merupakan satu benchmark untuk artis menjadi lebih baik. Tapi kalau dah jadi juara dan kena bertanding semula, kita tak boleh berkembang.

Saya tak setuju apabila dah jadi juara kena masuk semula bertanding.

Tapi saya pun faham mungkin ramai yang memerlukan peluang pekerjaan.

Menurut MStar, Damian berkata sebagai seorang artis yang pernah memegang gelaran juara mereka seharusnya bijak menilai bakat dan kemampuan diri sendiri.

Perlu Menerbitkan Lagu Atau Album

Katanya, seorang penyanyi itu sepatutnya perlu menerbitkan lagu atau album baharu untuk kekal relevan dan bukannya menyertai program nyanyian.

Sebagai artis perlu peka dengan nilai kita dalam industri. Bagaimana kita mahu tingkatkan nilai kita.

Pada pendapat saya, cara paling baik adalah mengeluarkan album atau lagu sendiri.

Selagi kita tidak mengeluarkan lagu dan album sendiri dan hanya mengharapkan program realiti semata-mata, berapa banyak rancangan yang kita nak masuk untuk capai kemuncak karier nyanyian kita?

Dalam perkembangan sama, Damian sebagai penggiat seni berkata dia menghargai usaha pihak produksi kerana
menerbitkan rancangan hiburan bagi membantu golongan artis.

Perlu Program Yang Memberikan Perkembangan

Bagaimanapun dia mencadangkan agar program-program yang diterbitkan dapat memberi perkembangan positif bagi industri hiburan tempatan.

Saya menghargai pihak produksi yang menganjurkan program-program seperti ini tetapi pada masa yang sama saya juga seorang anak seni. Saya hanya menyuarakan pandangan peribadi.

Kita mahukan industri muzik ini berkembang. Bila kita sudah membuat satu kejayaan ia tidak perlu dibuat secara berulang kerana akan mendatangkan rasa bosan dalam kalangan penonton.

Saya rasa lebih baik kita wujudkan satu program yang membina. Saya tidak mahu mengkritik mana-mana pihak cuma saya menyeru kepada pihak penerbit untuk menerbitkan sebuah program lebih progresif untuk membantu anak seni.

Terdahulu, Damian dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook miliknya mempersoalkan penyertaan juara Gegar Vaganza yang sekali lagi perlu bersaing untuk merebut gelaran pemenang.

Sebelum ini, Damian juga pernah bersuara tidak bersetuju penglibatan penyanyi legenda dalam program realiti yang mengharapkan elaun mingguan dan diminta melakukan persembahan lari daripada jenama asal artis berkenaan.

Damian dalam pandangannya berkata, penyanyi ini seharusnya sibuk mengadakan konsert, persembahan siaran langsung selain membikin single dan album untuk peminat. Mr

Damian Mikhail kritik format GV10

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker