Ganja RM4.4 juta ditinggal penyeludup dalam semak sempadan Malaysia-Thailand

Ganja RM4.4 juta ditinggal penyeludup dalam semak sempadan Malaysia-Thailand

BUKIT KAYU HITAM: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 18 menggagalkan cubaan menyeludup masuk 88kg ganja bernilai RM4.4 juta dalam satu operasi di kawasan semak sempadan Malaysia-Thailand di Jalan Stesen Kereta Api, Padang Besar, Perlis, semalam.

Timbalan Komander Briged Utara, Mohd Noh Khamis, berkata ganja terbabit dirampas pada 9.08 malam hasil maklumat risikan dan intipan dijalankan di kawasan itu.



“Sebelum itu, anggota PGA berjaya mengesan dua suspek lelaki dalam keadaan mencurigakan yang keluar masuk pagar berduri sempadan Malaysia-Thailand di kawasan tersebut namun tidak dapat dipastikan apa yang dibawa oleh mereka kerana keadaan gelap.

“Setelah 30 minit intipan, kami dapati tiada pergerakan orang di situ dan anggota telah melakukan pemeriksaan, hasilnya kita menemukan tujuh plastik hitam berisi 88 ketulan ganja mampat yang ditinggalkan di situ,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, ganja terbabit kemudian diserah kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, PGA akan terus meningkatkan kawalan di kawasan sempadan termasuk melakukan pemantauan menggunakan dron bagi mengesan dan mengekang sebarang aktiviti penyeludupan. FMT



Ganja RM4.4 juta ditinggal penyeludup dalam semak sempadan Malaysia-Thailand


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai



Nora Danish dituduh lakukan syirik

Rakan taja majlis resepsi Heliza dan Mahadi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker