Saman Yang Dipertuan Agong, Siapakah peguam ini? · MYKMU.NET

Saman Yang Dipertuan Agong, Siapakah peguam ini?

Share

Banyak pihak yang menyesali tindakan seorang peguam memfailkan Saman Pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini bagi meminta mahkamah menentukan sama ada Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara tidak terbatas (“unfettered discretion”) untuk tidak mengisytiharkan darurat walaupun setelah dinasihatkan sedemikian oleh Perdana Menteri.

Berdasarkan kepada salinan affidavit yang dilaporkan oleh pihak media, peguam ini mendakwa bahawa Yang di-Pertuan Agong, tatkala enggan bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri, telah melakukan sesuatu yang bercanggah dengan Perkara 40 dan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai motif peguam ini memfailkan Saman Pemula tersebut tetapi sekadar mahu memperbetulkan salah tanggapan banyak pihak yang merasakan bahawa peguam ini kononnya mempunyai kaitan dengan pihak yang mahukan darurat diisytiharkan.

Saya tidak pelik bila peguam ini memfailkan Saman Pemula tersebut kerana beliau diketahui pernah mengkritik Yang di-Pertuan Agong di mana antara lain beliau pernah menulis di dalam satu WhatsApp Group bernama GELIGA begini:

Peguam fail saman isu Agong tak isytihar darurat

“Perkara perkara pelik yg sdg berlaku

1. Kalau kena food poisoning atau sakit sendi boleh kah org biasa check in IJN? Check in IJN kebetulan pula selepas Ketua Pembangkang umum ada majoriti.

2. Semakin pelik bila pegawai mengeluarkan kenyataan media begitu express memberitahu public yg tiada nama dikemukakan . Kalau dikemuka nama berpesta besar la kot bila agen tua berjawatan tinggi jadi barua bocor nama utk tawar menawar justru perlantikan pegawai sebegini prosedurnya perlu di kaji semula dan yg ada hantar jadi pegawai hospital bahagia boleh la sentiasa keluar kenyataan media express dengan gelaran patih kama wijaya zaman Hang Tuan Hang Jebat dulu.

3. Org dungu saja akan percaya perlunya lockdown di selangor KL dan Putrajaya ha ha ha Lokasi apa agaknya di KL dan Putrajaya tu

4. Sekali lagi selepas checked in food poisoning di IJN kini istihar tangguh perjumpaan 2 minggu lagi utk jual beli manusia lebih untung drp unta. Perlembagaan Persekutuan telah ada peruntukan jenayah dan Sivil dalam Mahkamah Khas utk golongan yg tak sepatutnya bermain politik tu.”

Saya cuma pelik bila tindakan peguam ini memfailkan Saman Pemula tersebut cuba dikaitkan dengan pihak kerajaan kerana beliau diketahui memaparkan tahap kebencian yang agak tinggi terhadap kerajaan sekarang di mana antara lain beliau pernah menulis di dalam satu WhatsApp Group bernama GELIGA begini:

(1) “Seluruh cabinet tu tak patut ada depa patut duduk dlm penjara semua tahanan Sosma kerja sabotage demokrasi Negara bila bentuk kerajaan haram tebuk atap – bilakah Negara kita aka nada hero dalam PDRM ATM utk ajar terus para penjenayah ni once and for all. Jangan terhutang budi pada gelaran Tan Sri yg diberi tu pun bukan mak bapak depa punya.”

(2) “The current illegal govt cannot become the caretaker govt. Even the PM himself was never endorsed in Parliament with strong majority. IGP assisted by Army can manage the country by forgetting the entire illegal govt set up and started to arrest and charge them for multiple criminal offences. Those kangkong including retired one however old should also be arrested and prosecuted.”

 

Pengeluaran KWSP terhad kepada RM10k sahaja, tolonglah bantu rakyat – Najib

Akan jadi lebih pelik lagi jika tindakan peguam ini memfailkan Saman Pemula tersebut cuba dikaitkan dengan pihak Tan Sri Muhyiddin kerana beliau diketahui memaparkan tahap kebencian yang agak tinggi terhadap Tan Sri Muhyiddin di mana antara lain beliau pernah menulis di dalam satu WhatsApp Group bernama GELIGA begini:

(1) “Lokasi PM haram tebuk atap merangkap abah rotan suka shopping almaklum rumah Bukit Damansara.”

(2) “Kata dia sakit kojol la tu tak lama lagi doctor cap ayam Malaysia bagi clean bill of health walhal semua rekod dan rawatan di Singapore. Agaknya Cuma muka bermuka muka akan ziarah dia bila kojol.”

Saya sebaliknya mungkin tidak akan merasa terlalu pelik jika tindakan peguam ini memfailkan Saman Pemula tersebut cuba dikaitkan dengan pihak Datuk Seri Anwar kerana beliau diketahui memaparkan tahap kesukaan yang agak tinggi terhadap Datuk Seri Anwar di mana antara lain beliau pernah menulis di dalam satu WhatsApp Group bernama GELIGA begini:

(1) “Keadaan masih uncertain meniaga manusia lebih untung drp meniaga unta Tuan. Sekalipun number mmg dah lebih drp cukup.”

(2) “DSAI manusia biasa juga cuma compare jenayah timbang kira kilo – majority competitor DSAI berat bertan tan jenayah jenayah.”

Seperti yang telah pernah saya nukilkan sebelum ini, kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin telah mengambil tindakan bijaksana untuk akur kepada titah Yang di-Pertuan Agong seterusnya tidak memulakan apa-apa langkah konfrontasi yang boleh mencetuskan krisis perlembagaan, apatah lagi untuk melibatkan diri secara sembunyi-sembunyi di dalam apa-apa tindakan bagi mencabar titah Yang di-Pertuan Agong ini.

Dr. Kamarul Yusoff

Potfolio Timbalan Perdana Menteri: Kini Siapa Lebih Diterima Rakyat?

2 thoughts on “Saman Yang Dipertuan Agong, Siapakah peguam ini?

  • October 31, 2020 at 18:56
    Permalink

    Peguam ni tahap bengongnya terletak di kevel yg paling atas. Nama jer lawyer tp pemikiran tahap budak tadika. Barua PKR kot?

    Reply
  • November 1, 2020 at 16:06
    Permalink

    Pada peguam tue cermin diri terlebih dahulu zaman raja² @sultan² lama sudah lama di tanah Melayu dan kalian parti politik yg buat haru biru tak malu dah raja² bagi kalian memerintah tak sedar diri pastu nk cabar AL sultan Abdullah malu lah PD diri kalian terlebih dahulu ,cermin diri kalian .Bagusnya raja²@sultan² memerintah semula tanpa ada ahli politik…

    Reply

Leave a Reply