“Perut Cover Sikit..” Penampilan Reen Rahim Tarik Perhatian Netizen..

Bukan pendatang baru dalam dunia lakonan, pelakon Reen Rahim berkata dia semakin kebal dan sudah lali dengan kecaman netizen memandangkan hampir lapan tahun berada dalam industri hiburan tanah air.

Meskipun sering dikec4m kerana tampil berpakaian sekksi dan menjolok mata, bagaimanapun Reen berkata dia sudah terbiasa dengan sepak terajang dunia hiburan.

Katanya lagi, dia lebih selesa menjadi diri sendiri. Ujarnya, dia mahu berkongsi bakat menerusi lakonan dan tanpa campur aduk dengan realiti kehidupannya sebenar.

“Lakonan adalah minat saya. Kehidupan sebenar pula ketika saya menjadi diri sendiri, bukannya pelakon. Tetapi, saya anggap satu kejayaan apabila lakonan menjadi bualan penonton hingga mereka mengambil tahu tentang diri saya,” katanya kepada BH Online. 

Akui tidak kisah dengan kecaman dilemparkan, Reen berkata dia akan mengambil pendekatan menutup ruangan komen di Instagram kerana tidak mahu memeningkan lagi kepala.

“Jujurnya, saya tak pernah kisah dengan komen dan kecaman. Cuma, saya tak mahu memeningkan kepala untuk hal tidak perlu. Ini cara hidup saya. Tiada guna membiarkan komen negatif menerjah dalam hidup.

“Cuma, tak semua ada kekuatan untuk menepis komen negatif. Bagaimana perasaan keluarga dan peminat yang sayangkan saya. Jadi, saya tak mahu komen buruk mengganggu emosi mereka,” katanya.

Salah satu foto Reen Rahim yang dikecam netizen

KOMEN NETIZEN :

Sumber : Rotikaya

Kredit: Teh Tarik Kaw

Saya selesa dengan apa yang saya pakai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker