Saya selesa dengan apa yang saya pakai

Pelakon Reen Rahim mengakui beliau sedia menerima teguran daripada orang ramai mengenai imej seksinya.

Reen menjelaskan dia sudah lali dengan kecaman warganet mengenai imej seksinya itu.

“Saya sedia terima teguran dan kritikan daripada warganet kerana tidak boleh halang mereka untuk berbuat demikian.

“Sebagai artis, saya hanya menerima kritikan membina dan positif tapi yang buruk ketepikan saja.

“Doakanlah yang baik untuk saya. Biarlah orang nak cakap apa pun kerana itu hak individu.

“Apa yang penting, saya selesa dengan apa yang dipakai dan menjadi diri sendiri,” katanya.

Reen juga bersyukur penangan watak antagonis dalam drama Pujaan Hati Kanda kembali melonjakkan bakatnya, sekali gus menenggelam kisah kontroversi yang pernah menyelubungi.

“Saya pernah dikecam hebat gara-gara imej seksi, malah ada yang tergamak menggelar saya sebagai pelacur. Saya ingatkan, isu itu memberi impak buruk dan saya dibenci peminat.

“Tetapi, nampaknya peminat sudah pandai menilai antara kerjaya dan peribadi. Jika kita berusaha memberikan mutu persembahan yang baik, bakat kita pasti dihargai. Itu yang saya lakukan.

“Alhamdulillah, biarpun ada segelintir yang mengecam, masih ada yang menilai dan menghargai hasil usaha saya,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker