Potfolio Timbalan Perdana Menteri: Kini Siapa Lebih Diterima Rakyat?

JIKA benar bagai dikata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) mungkin dibarisi seorang Timbalan Perdana Menteri tidak lama lagi. Sejak kelmarin, ‘cakap-cakap’ mengenai perkara itu mula bertebaran luas.

Merak Jalanan sendiri sebenarnya sudah tidak sabar nak tahu siapa bakal Timbalan Perdana Menteri. Setidak-tidaknya dalam masa terdekat ini, dapat tahu nama calon ‘senarai akhir’ Timbalan Perdana Menteri sudah cukup.

Buat masa ini, ada empat nama yang disebut-sebut dan semuanya daripada wakil UMNO. Merak jalanan tak terkejut sangat dengan perkhabaran itu melihatkan situasi politik negara sejak beberapa hari kebelakangan ini.



Apatah lagi, UMNO berhak mendapat ‘apa yang sepatutnya’ jika dihitung ‘nombor’ yang mereka miliki. Maka, bukan mengejutkan jika UMNO membuat tuntutan tertentu dalam Kabinet pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saarani nafi ada komplot tukar MB Perak

Mengetuai senarai calon ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Tiga lagi calon ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Naib Presiden) serta Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.



Melihat senarai calon yang ada setakat ini, Merak Jalanan lihat masing-masing ada karakter tersendiri. Keempat-empat Datuk Seri berkenaan sudah cukup arif dengan ‘sepak terajang’ dunia politik Malaysia.

Jika diikutkan hierarki atau secara tradisinya dalam mana-mana parti, Ahmad Zahid calon paling layak menduduki kerusi nombor dua kerajaan PN tetapi khabarnya Perdana Menteri hanya memilih calon ‘yang boleh diterima’.

Tak susah pun untuk meneka mengenai frasa ‘yang boleh diterima’ itu kerana Muhyiddin pernah berjanji hanya akan melantik anggota Jemaah Menteri dalam kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber.

Apa saja keputusan Perdana Menteri, rakyat sudah tentu ternanti-nanti siapa paling layak berada paling rapat di sebelahnya.



Calon TPM, Mohamad Hasan, Ismail Sabri atau Hishammuddin?

Related Articles

One Comment

  1. antara 2…bg sey rakyat n9 akan memilih tokmat..sbb kami tau pentadbiran tokmat cmno…seorg berjiwa rakyat…sempoi…x kiro sapo dio akan tlg…jenis pemimpin turun pdg…

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker