Nora Ariffin nikahi sahabat baik arwah suami

Nora Ariffin nikahi sahabat baik arwah suami

Selepas lebih empat tahun bergelar ibu tunggal penyanyi, Datuk Nora Ariffin kini kembali bergelar isteri apabila melangsungkan pernikahannya dalam sebuah majlis tertutup baru-baru ini.

Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Wan Ariffin, 48, mengumumkan status pernikahannya dengan lelaki bernama Rushdi Ramli menerusi Instagram tengah malam tadi.



“Saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah ingin memaklumkan bahawa saya kini telah bertemu jodoh dengan seorang hamba Allah yang merupakan sahabat baik arwah Johan sejak dari kecil lagi, Dr. Rushdi Ramli.

“Beliau adalah saudara Rushdi Ramli,” kongsi Nora di Instagramnya semalam.

Difahamkan lelaki berkenaan merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya.

Dalam pada itu penyanyi yang popular dengan lagu Persimpangan Dilema itu menyifatkan perkahwinan adalah perkara peribadinya dan memohon maaf kerana tidak menghebahkannya berita gembira tersebut terlebih awal.



Malah menurut ibu kepada empat orang anak itu, majlis pernikahannya berlangsung secara ringkas.

“Saya ingin meminta maaf kerana dari awal lagi saya memang berniat untuk tidak menghebah-hebahkan ikatan ini.

“Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum sahaja.

” Saya berpegang kepada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ia terlalu peribadi untuk saya kongsikan, bukan ingin bermegah-megah, jauh sekali mencari publisiti,” tulisnya lagi.



Nora juga tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya itu.

Sementara itu, Nora memohon doa agar perkahwinan keduanya ini dipermudahkan dan dikurniakan kebahagiaan.

“Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang telah ditentukan. Saya menerimanya dengan penuh sabar, reda dan syukur. Hanya kebaikan yang saya harapkan.

“Saya juga memohon agar semua insan yang mengenali saya dan peminat sudi menitipkan doa buat saya mendapat keluarga sakinah, mawaddah, warahmah, dipermudahkan segala urusan, diberkati dan diredai Allah dunia serta akhirat. Insya-Allah,” mohon Nora.



Sehubungan itu, ruangan komen entri yang disertakan dengan gambar kek perkahwinan tersebut dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminatnya.

Sebelum ini pada 18 November lalu, Nora mendedahkan kepada Kosmo! bahawa tarikh perkahwinannya semakin hampir, namun tidak mendedahkan identiti lelaki yang bakal menjadi suaminya itu.

Sebaliknya, Nora yang bergelar ibu tunggal selepas kematian suami pertamanya, komposer terkenal Allahyarham Johan Nawawi hanya memberitahu, beliau mengenali suaminya keduanya ketika pandemik Covid-19.

Terdahulu, Nora pernah dihebohkan mempunyai hubungan seorang ahli politik dan sudah bernikah di selatan Thailand, namun ternyata berita berkenaan tidak benar sama sekali apabila Nora sendiri membuka mulut menafikan khabar angin tersebut. K Online



Nora Ariffin nikahi sahabat baik arwah suami


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mental jangan koyak – TMJ (Video)



‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker