COVID-19: PKPB Lembah Klang mungkin disambung
PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mungkin akan disambung jika kes COVID-19 di negeri itu semakin meningkat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya kini sedang memantau situasi jangkitan setiap hari, bagi melihat sama ada PKPB itu perlu disambung atau sebaliknya.
“Kalau kita lihat data dan kes, ia meningkat secara konsisten setiap hari. Jika ada peningkatan, kita akan cadangkan sambung lagi (PKPB) tetapi jika tiba-tiba tiada peningkatan dalam tempoh seminggu ini, mungkin tidak perlu.
“Sama ada perlu atau tidak (PKPB), data itu kita akan sebarkan dan masing-masing akan tahu sama ada perlu atau tidak, tapi yang nyata hari ini, data semakin meningkat,” katanya pada sidang media mengenai situasi semasa jangkitan COVID-19 di sini, hari ini.
Beliau ditanya sama ada Kementerian Kesihatan (KKM) akan mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melanjutkan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berikutan jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat-BH
Sekatan jalan raya diadakan semula di KL, Selangor, Putrajaya
You must be logged in to post a comment.