Darurat hanya akan burukkan lagi ekonomi – Tengku Razaleigh

Darurat hanya akan burukkan lagi ekonomi - Tengku Razaleigh
Tengku Razaleigh juga berkata, beliau ada alasan untuk percaya bahawa Perdana Menteri dan jemaah menterinya sudah tidak lagi mempunyai majoriti di Dewan Rakyat. – Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa pengisytiharan darurat akan memburukkan lagi ekonomi Malaysia yang sudah teruk.

Menurut Tengku Razaleigh, beliau bukan mempersoalkan hak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon pengisytiharan itu daripada Yang di-Pertuan Agong.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Gua Musang itu berpandangan tidak ada “alasan jujur” untuk kerajaan memohon pengisytiharan darurat itu.

“Sekiranya Perdana Menteri berjaya melaksanakan perintah darurat yang dicadangkan sebagai seorang ahli ekonomi dan bekas Menteri Kewangan, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (dan bekas Pengerusi Bank Dunia dan IMF), saya boleh tegaskan ia boleh memburukkan lagi keadaan ekonomi kita yang sudah teruk.

Tengku Razaleigh juga menjelaskan beliau ada alasan untuk percaya bahawa Perdana Menteri dan jemaah menterinya sudah tidak lagi mempunyai majoriti di Dewan Rakyat.

“Inisiatif saya bersama Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak harus dilihat sebagai untuk kepentingan diri saya atau saya ada minat untuk jawatan Perdana Menteri, tetapi untuk mempertahankan prinsip sistem Parlimen kita,” katanya.

Sebelum ini, pejabat Tengku Razaleigh mendedahkan surat tokoh itu dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang meminta usul tidak percaya terhadap perdana menteri diberi keutamaan pada sidang akan datang- Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker