Sekatan jalan raya diadakan semula di KL, Selangor, Putrajaya

Share

KUALA LUMPUR – Polis akan kembali menguatkuasakan sekatan jalan raya di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berikutan arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 14 Oktober.

“Sekatan jalan raya akan dilaksanakan sama seperti yang pernah dibuat sebelum ini (Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal Mac lepas). Arahan penugasan anggota polis di lokasi akan diatur oleh Ketua Polis Kuala Lumpur dan Ketua Polis Selangor,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, ATM akan bekerjasama dengan PDRM dalam melaksanakan sekatan jalan raya seperti sebelum ini.

“ATM dan PDRM akan buat seperti yang dilakukan sebelum ini,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply