MP Sabah kini serupa tahanan ISA

Sebaran :

Bendera Sabah

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang mempersoalkan mengapakah pihak pentadbiran parlimen tidak membuat sebarang persediaan untuk persidangan Parlimen secara maya dalam gelombang ketiga wabak Covid-19 di negara ini.

Soalnya, apakah kerajaan Perikatan Nasional tidak memberikan kebenaran kepada pihak parlimen untuk mengadakan persidangan secara maya, memandangkan tumpuan utama mereka adalah bagaimana untuk menggantung persidangan parlimen.

Lim berkata, jika persidangan secara maya diadakan, tidak perlulah ahli-ahli parlimen daripada Sabah dikuarantin di bilik hotel selama 14 hari di Kuala Lumpur, sebelum menjalani ujian saringan Covid-19 untuk menghadiri persidangan belanjawan pada 2 November ini.



“Ahli-ahli Parlimen Sabah ini seakan-akan menjalani tahanan perseorangan selama 14 hari di bilik hotel mereka di Kuala Lumpur.

Belum masa memangkah, pantun Permaisuri Agong tarik perhatian

“Pengalaman ahli-ahli prlimen Sabah yang perlu menjalankan kuarantin berasingan di bilik hotel ini seakan-akan serupa dengan penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ditahan secara bersendirian selama 60 hari pertama mereka sebelum akta ini dimansuhkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Lim, laporan Covid-19 semalam yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan bahawa negara belum lagi mencapai kemuncak gelombang ketiga walaupun terdapat peningkatan jumlah kes harian.


Selain itu, Lim juga turut menyeru mesyuarat khas kabinet memaklumkan kepada parlimen yang mereka tidak mempunyai sebarang bantahan untuk mengadakan sesi sidang Dewan Rakyat secara dalam talian.

PM Interim tidak berpelembagaan, tiada peruntukan berkenaan

“Saya menyeru kepada mesyuarat khas kabinet pagi ini untuk memaklumkan kepada parlimen yang mereka tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap parlimen untuk mengadakan persidangan secara maya dan untuk membenarkan pihak parlimen untuk mengambil apa-apa persediaan yang diperlukan untuk mengadakan persidangan secara maya ini.

“Parlimen patut diberikan jaminan yang kabinet akan meluluskan cadangan belanjawan untuk mengadakan persidangan secara maya.

“Jika persidangan secara maya ini diadakan, tidak perlulah ahli-ahli parlimen daripada Sabah dikuarantin di bilik hotel selama 14 hari di Kuala Lumpur, untuk menghadiri persidangan belanjawan yang akan berlangsung selama 27 hari bermula pada 2 November ini,” tambahnya.

Penganalisis ramal hayat gencatan politik bertahan setahun saja


Sebaran :

Leave a Reply