Ini kesan usul tidak percaya ‘TERSIRAT’ terhadap Perdana Menteri
SHAH ALAM – Pembentangan Belanjawan 2021 akan menjadi satu ujian besar kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin jika ia dianggap sebagai satu usul tidak percaya tersirat terhadap Perdana Menteri.
Pakar perlembagaan yang juga Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan), Pusat Polisi Perdana Universiti Teknologi Malaysia, Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, ia sudah memadai untuk membuktikan sama ada kerajaan benar-benar mendapat kepercayaan atau sebaliknya tanpa perlu membahaskan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat.
“Sekiranya belanjawan itu tidak diluluskan, ia membuktikan Muhyiddin hilang sokongan majoriti.
“Mengikut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, apabila seorang Perdana Menteri hilang kepercayaan majoriti, ada dua pilihan yang boleh dilakukan Muhyiddin, sama ada beliau memohon untuk pembubaran Parlimen atau meletakkan jawatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Undi tak percaya kepada Muhyiddin bermakna tak percaya keputusan Agong, kata Hadi
Menurutnya, usul undi tidak percaya itu bukanlah satu perkara yang besar kerana sama ada kerajaan benar-benar mendapat kepercayaan atau tidak, ada cara lain untuk tentukannya termasuk kelulusan belanjawan itu sendiri.
“Walaupun usul undi tidak percaya itu tidak dibawa ke hadapan sebelum ini, tujuan usul itu sebenarnya sudah tercapai menerusi kelulusan agenda lain yang dibentangkan di Parlimen.
“Berdasarkan persidangan lepas juga, Muhyiddin berjaya melepasi ujian dari segi sokongan majoriti termasuk menerusi pelantikan Speaker Dewan Rakyat yang baharu,” katanya.
Sementara itu, penganalisis politik daripada Universiti Teknologi Mara, Dr Ariff Aizuddin Azlan berkata, Pas diyakini konsisten menyokong Perdana Menteri walaupun nasib Muhyiddin hanya diketahui pada sidang Parlimen nanti.
Usul undi tidak percaya, Tun M jangan obses kuasa – Pemerhati politik
Beliau berkata, ia berdasarkan kenyataan pemimpin Pas yang menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin lebih-lebih lagi situasi ketika ini menunjukkan UMNO seolah-olah terbahagi kepada dua blok iaitu kumpulan yang menyokong kerjasama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan yang membantah.
“Pas diyakini akan terus beri sokongan kepada Muhyiddin kerana dalam idea penggabungan bersama Anwar, ia turut libatkan DAP. Ini asas paling kukuh mengapa Pas akan terus menyokong Muhyiddin.
“Sebelum ini juga DAP juga sering dijadikan peluru politik kerana polemik berbangkit yang libatkan bermacam-macam isu termasuk berkaitan tulisan jawi dan sebagainya,” katanya.
Poster Mega Deal 2020 ‘Kabinet Malaysia’, Muhyiddin PM, Ku Li TPM?
You must be logged in to post a comment.