Undi tak percaya kepada Muhyiddin bermakna tak percaya keputusan Agong, kata Hadi

 

 

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Keputusan Pakatan Harapan (PH) bercadang membuat usul undi tidak percaya berhubung pelantikan sebagai perdana menteri memberi gambaran pakatan itu tidak percaya kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah membuat keputusan berkenaan selepas memanggil semua ahli Parlimen daripada setiap parti untuk mendengar pendapat dan pandangan mereka.

“Walaupun tuanku tidak terbabit politik, tetapi bila menghadapi masalah politik mestilah mengambil saluran yang betul mengikut perlembagaan.

“Mereka yang hendak buat undi tidak percaya, tidak percaya pada Agong, terpulang pada rakyat untuk menilai mereka,” katanya dalam sidang media di Masjid Rusila, Marang.

Pada 29 Feb lalu, Sultan Abdullah melantik Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Parlimen sebagai perdana menteri baru.

Pengumuman itu menamatkan kemelut politik yang berlaku selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang susulan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Mahathir berkata Pakatan Harapan, yang kini bergelar pembangkang, akan menggesa persidangan Dewan Rakyat dipercepatkan bagi menentukan siapa yang mempunyai majoriti.

Mahathir mempertikai Muhyiddin mendapat sokongan penuh dari semua ahli Parlimen PPBM, kerana 6 wakil, termasuk dirinya dan anaknya Mukhriz Mahathir, tidak menyokong Muhyiddin.

Hadi berkata, beliau secara peribadi menyerahkan sepenuhnya kepada Muhyiddin untuk melantiknya menggalas sebarang tugas dan jawatan. Bahkan tidak berkecil hati sekiranya namanya tidak disenaraikan dalam Kabinet baru.

“Saya terbuka pada perdana menteri dan tidak mewajibkan saya untuk dipilih. Kalau saya tidak dipilih pun tidak apa, balik jadi nelayan pun tidak mengapa. Saya hendak bekerja untuk negara.

“Ketika ini yang calonkan saya adalah rakyat, sepatutnya perdana menteri yang calonkan. Ada orang yang seronok mencalonkan dirinya tetapi saya tidak seronok kalau orang calonkan saya,” katanya.

FMT

Umno mungkin sokong usul undi percaya Mahathir, kata Tok Mat

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker