Syarikat Syed Mokhtar Albukhary mahu jadi pemegang saham utama FGV

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd akan meneliti cadangan Perspective Lane (M) Sdn Bhd mengenai potensi sebagai pemegang saham terbesarnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat perladangan itu mendedahkan ia telah menerima sepucuk surat bertarikh 12 Oktober daripada Perspective Lane yang menyatakan minat menjadi pemegang saham menerusi suntikan aset perladangan ke dalam FGV bagi pertimbangan mendapatkan kepentingan saham.

Apabila selesai, Perspective Lane berpotensi menjadi pemegang saham tunggal terbesar, kata FGV.

UMNO dan PPBM memulakan rundingan



“Ahli Lembaga Pengarah ingin memberi jaminan kepada pemegang saham dan pihak berkepentingannya bahawa ia akan menjalankan kewajipannya dalam perbincangan terbabit dan sebarang perkembangan penting membabitkan perkara ini akan diumumkan,” katanya.

Pada September tahun lalu, sebuah media perniagaan mingguan yang memetik sumber melaporkan bahawa Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang memiliki Perspective Lane menerusi pegangan persendirian dalam Restu Jernih Sdn Bhd, berminat untuk membeli 20 peratus kepentingan dalam FGV.

Sementara itu, sewaktu dagangan ditutup hari ini, saham-saham FGV susut 0.93 peratus kepada RM1.07.



Ini kesan usul tidak percaya ‘TERSIRAT’ terhadap Perdana Menteri

-BERNAMA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker