Poster Mega Deal 2020 ‘Kabinet Malaysia’, Muhyiddin PM, Ku Li TPM?

 

Kini sedang berlegar dan tular di media sosial satu poster Mega Deal 2020 barisan ‘Kabinet Malaysia’ yang dijangka bakal di rombak dalam masa terdekat. Ini susulan daripada krisis peralihan kerajaan yang dicetuskan oleh DSAI minggu ini yang mengatakan bahawa beliau mempunyai cukup majoriti yang boleh menyebabkan Kerajaan pimpinan Muhyiddin Yasin tumbang.

Dalam poster ini juga menunjukkan bahawa jawatan TPM diwujudkan kembali dan diberi kepada ahli politik kanan Tengku Razaleigh Hamzah. Ini mungkin ada kaitan dengan pertemuaan beliau dengan YDPA susulan daripada pertemuan Anwar sebelum itu.

Bekas Perdana Menteri ke 7 Najib Razak juga turut memuat naik poster berkenaan di laman FB peribadi beliau. Walau bagaimanapun beliau menganggap bahawa ini hanyalah asam garam dan gurauan politik sesetengah pihak.

Ini kerana beliau turut disenaraikan di dalam kabinet tersebut sebagai Menteri Pelancongan walhal menurut beliau tugas itu tidak mampu dijalankan memandangkan passport antarabangsanya telah ditahan oleh mahkamah berikutan daripada kes yang sedang dihadapainya.

 

“Deal baharu”, Mahathir Setuju Anwar TERAJUI Putrajaya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker