“Syukur selesai belikan keperluan untuk 200 orang” – USTAZ EBIT LEW bantu penjara Kedah tapi netizen..

Menerusi satu entri terbaharu yang dimuat naik di laman Instagram, penceramah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew mengatakan telah menerima surat rasmi dari Penjara Pokok Sena, Kedah yang meminta bantuan untuk mangsa Covid-19 yang dikuarantin.

 

Cukup sedih dengan permintaan pihak penjara, tanpa membuang masa beliau terus bergegas membeli segala barang keperluan serta menguruskan lori untuk menghantsr semua barang ke sana dengan segera.

“Sayu rasa. Pagi ini saya dapat surat rasmi dari Penjara HQ dan Penjara Pokok Sena memohon bantuan untuk warga penjara untuk mereka yang dikuarantin.

“Terus bergegas belikan dan uruskan lori untuk penghantaran ke penjara. Saya doakan lori bantuan selamat sampai. Saya tak kesana. Kita semua sebuah keluarga.

“Syukur selesai dapat belikan keperluan untuk 200 orang. 200 tilam. 200 bantal, tuala dan cadar. Kipas 10 biji. Face shield 2000 pcs. Barang-barang makanan dan barang asas,” katanya.

Dalam masa itu, Ebit berharap semua mangsa Covid-19 diberi kesembuhan dan sihat seperti sedia kala: “Ya Allah selamatkanlah dan permudahkanlah buat warga Penjara Pokok Sena dan Alor Setar. Ya Allah selamatkan saudara kami di seluruh Sabah.

“Selamatkanlah kami semua ya Allah. Semua saudara kami yang sakit sembuhkan. Yang dijangkiti pulihkan. Yang kehilangan keluarga tersayang beri kekuatan kesabaran.

“Buat warden semua dan petugas negara barisan hadapan disana terus kuat dan diberi kekuatan. Ini ujian kita bersama,” pinta Ustaz Ebit yang tidak pernah lelah membantu golongan yang memerlukan biarpun harus menempuh pelbagai rintangan.

 

Kenapa minta dekat Ebit Lew?

Usaha murni pendakwah itu telah mendapat pujian daripada warganet kerana membantu meringankan beban yang ditanggung warga Penjara Pokok Sena yang kini masih berhadapan dengan peningkatan kes.

Namun begitu, ada yang mepersoalkan mengapa pihak penjara memohon bantuan daripada pendakwah tersebut sedangkan Jabatan Penjara Malaysia terletak bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Surat minta maaf dah standby je

Sehubungan dengan muat naik yang dilakukan oleh pengguna Twitter itu, rata-rata netizen meninggalkan komen yang sama iaitu dengan mempertikaikan apa tindakan kementerian terbabit.

Ada yang tak buat kerja ke tu?

Bantuan kerajaan lambat sangat kalau ditunggu

Terdahulu, posting Ebit di media sosialnya memperlihatkan beliau bersama pasukannya menghantar perkakas seperti tilam, pelindung muka, tuala, cadar dan kipas buat penghuni penjara.

Beliau juga mendoakan dari kejauhan agar semua urusan mereka dipermudahkan dan mereka yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketat (PKPD) di beberapa kawasan zon merah agar terus dilindungi oleh Allah SWT.

Sumber & foto: Astro Gempak&  Ebit LewDatuk Jahat Hensem

Kredit : MyArtis & OhMyMedia

 

 

Jangan Patahkan Semangat Ustaz Ebit Lew – Zahida

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker