G-SHOCK MRG x Bruce Lee Terjual Pada harga RM48,888 Di Malaysia
Anda mungkin terkejut tetapi itulah harga yang sanggup dibayar oleh pembeli untuk menjadi pemilik salah satu model edisi terhad G-SHOCK MRG x Bruce Lee ini.
Hanya 300 unit dihasilkan untuk pasaran dunia bagi model MRG-G2000BL x Bruce Lee ini. Seperti edisi kolaborasi Bruce Lee sebelum ini, warna hitam dan kuning menjadi pilihan dan beberapa kemasan menawan lain yang menambahkan lagi keunikan jam tangan ini. Motif naga serta Ying Yang merupakan antara rekaan yang ada pada jam tangan ini.
Berdasarkan laporan Amanz, lelongan dibuat oleh Cortina Watch pada Ogos lalu dan Encik Teoh Ginn Liang, seorang pengumpul jam menjadi pemilik jam tangan edisi terhad ini dengan bidaan RM48,888.
Wang bidaan ini akan diberikan kepada Pertubuhan Penganut Bodkhiksetra Vihara yang merupakan sebuah NGO yang membantu anak yatim, warga tua dan individu dengan kelainan fizikal serta mental.
Bagaimana pun, model standard MRG-G2000BL akan dijual di Malaysia tidak lama lagi dan sekiranya anda terlepas untuk memiliki model ini, boleh sahaja sarung edisi biasa jam tangan ini.
Buat anda yang tidak tahu, siri MRG adalah siri mewah G-SHOCK untuk mereka yang mahukan jam tangan G-SHOCK dengan rekaan serta material yang lebih eksklusif.
You must be logged in to post a comment.