G-SHOCK Tampilkan Reka Bentuk Baharu Pada Siri GMW-B5000CS

G-SHOCK menampilkan rekaan terbaharu terhadap siri GMW-B5000CS. Dibina sepenuhnya dengan logam, rekaan terbaharu ini mempunyai reka bentuk grid ukiran laser dengan bentuk persegi.

GMW-B5000CS hadir dengan bentuk luaran yang dibuat khas menggunakan logam sambil mengekalkan rasa DW-5000C yang pernah dikeluarkan pada tahun 1983. Manakala demi mengikuti peradaan zaman, jam ini turut hadir dengan beberapa teknologi baharu.

Antaranya adalah sistem kuasa suria, radio penerimaan gelombang, sambungan ke telefon pintar, boleh dialihkan ke empat bahasa – English, Rusia, Jerman, Sepanyol – dan mempunyai teknologi Phone Finder.

Sejak dilancarkan, GMW-B5000CS sering berevolusi dengan pelbagai jenis reka bentuk dan dalam masa yang sama mengekalkan rasa unik serta reka bentuk yang segar.

Bagi anda yang berminat, GMW-B5000CS ini sudah boleh dimiliki dan dijual pada harga RM3,499. Vocket

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker