Aedy dedah hubungan dengan Ahirine

Aedy dedah hubungan dengan Ahirine

Pelakon sensasi, Aedy Ashraf akhirnya tampil membuka mulut berhubung beberapa spekulasi yang mengaitkan namanya hingga mencetuskan kontroversi, baru-baru ini.

Menerusi hantaran dimuat naik dalam Instagram (IG), Aedy atau nama sebenarnya, Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 30, menafikan dirinya berpacaran dengan seseorang dan menyifatkan hubungan tidak lebih daripada seorang kawan.



“Terlalu banyak spekulasi mengenai diri saya, sejak kebelakangan ini. Jadi, saya terpanggil untuk menjelaskan segala-galanya.

“Berhubung spekulasi nama saya dikaitkan dalam sebuah buku tulisan seorang teman, itu semua tidak benar. Kami tidak pernah bercinta dan hubungan kami hanyalah sebagai kawan.

“Mengenai sekeping foto diambil daripada babak filem lakonan saya, ingin saya jelaskan yang saya tidak pernah memberi keizinan untuk foto ini dimuat naik dalam mana-mana platform media sosial.

“Malah, saya juga tidak bersetuju untuk bahan seperti itu digunakan untuk tujuan promosi,” tulis Aedy.



Mengulas lanjut, pelakon Gol & Gincu Vol 2 itu tidak percaya dengan kaedah publisiti murahan mampu melariskan sesebuah filem.

“Saya percaya filem itu sangat bagus. Saya meletakkan sepenuh tenaga, masa dan kesungguhan untuk memastikan filem memberi impak menakjubkan kepada peminat.

“Saya tidak akan biarkan segala penat lelah saya musnah hanya kerana publisiti. Semua yang saya buat demi keluarga, peminat dan atas rasa cinta,” jelasnya.

Terdahulu, nama Aedy terkait apabila gambar mesra bersama gandingannya dalam filem Tebus, Ahirine Ahirudin tersebar serta netizen ‘memetik’ namanya selepas penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha memuat naik puisi berkaitan kecurangan dalam media sosial, baru-baru ini.



Bagaimanapun, Daiyan menafikan perkara itu dan menyifatkan ia hanyalah andaian netizen semata-mata. BH

Aedy dedah hubungan dengan Ahirine

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta



Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker