MIC tolak jawatan timbalan menteri

MIC tolak jawatan timbalan menteri

MIC tidak akan menerima sebarang jawatan timbalan menteri di kerajaan persekutuan, kata Setiausa Agung parti itu, RT Rajasekaran.

Rajasekaran dalam satu kenyataan berkata, parti komponen Barisan Nasional itu menghormati pilihan pengundi dalam pilihan raya umum ke-15 yang menyaksikan MIC hanya menang satu kerusi.

“MIC bersetuju untuk tidk menerima jawatan timbalan perdana menteri. Moga perdana menteri menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau dengan sempurna dan adil untuk semua kaum di Malaysia,” katanya.

Beliau juga sekali lagi menegaskan MIC menyokong kerajaan perpaduan yang diketuai Anwar Ibrahim seperti titah Yang di-Pertuan Agong.

Satu-satunya Ahli Parlimen MIC di Dewan Rakyat adalah Timbalan Presiden M Saravanan yang menang kerusi Tapah.

Sebelum ini beliau adalah menteri sumber manusia dalam Jemaah Menteri pentadbiran Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung Pakatan Harapan, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Naib Presiden MIC, C Sivaraj boleh diberikan peranan dalam kerajaan selepas menarik diri dalam pilihan raya Parlimen Padang Serai.

Terdapat laporan Sivaraj ditawarkan jawatan Senator sebagai balasan kerana menarik diri dalam pilihan raya itu. Ada spekulasi beliau ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri. FMT

MIC tolak jawatan timbalan menteri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker