Artis K-pop bernama BABI bengang jadi mangsa buli Angkatan Bawang Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Jun ― Penari K-pop Babi berang dengan warga maya dari Malaysia yang menjadikannya sasaran mangsa buli siber.

Menyamakan nama pentasnya dengan haiwan babi, warga maya Malaysia di ruangan komen Instagram mengejeknya sebagai “babi paling cantik di dunia”.

Ada yang bertindak melampau dengan menyuruhnya menukar nama disebabkan seakan “perkataan kotor dan keji (di Malaysia)”.

Babi, nama asal So-young memuat naik hantaran amarah terhadap warga maya yang menghina dan mengejek namanya.

“Kenapa kamu buat begini terhadap saya? Hanya kerana nama saya jadi bahan tawa kamu? Kamu fikir ini kelakar?

“Saya tidak berminat dengan bahasa kamu, jadi tidak kisahlah apa maksud nama saya dalam bahasa kamu.

“Saya juga tidak tahu negara kamu dan tidak mahu ambil tahu lagi,” catatnya di Instagram.

Ahli kumpulan ‘Fly With Me’ itu juga memberi amaran untuk menghalang akaun pengguna Instagram yang terus mengejeknya.

Peminat K-pop di Malaysia dalam reaksi berasa malu dengan sikap yang ditunjukkan rakyat negara sendiri terhadap artis antarabangsa.

“Hanya kerana namanya ‘Babi’ tidak bermakna anda boleh mengejeknya sesuka hati,” catat seorang pengguna Twitter.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker