Lagi aset Khazanah bakal dijual.

Syarikat milik Khazanah, UEM Sunrise mula berkembang ke Australia pada tahun 2014 dengan membeli tiga bidang tanah di bandar Melbourne, Australia dengan harga AUS$122 million (RM365 juta).

Dengan 3 bidang tanah ini, UEM Sunrise melancarkan 3 projek bangunan yang bernilai RM5 bilion.

Projek pertama, Aurora Melbourne Central merupakan bangunan 92 tingkat dan antara tertinggi di bandar itu dilancarkan pada tahun 2014 dan siap pada tahun lepas.

Projek kedua yang bermula pada tahun 2015 ialah projek bangunan 42 tingkat bernama Melbourne, Conservatory.



Proje ini juga telah siap tahun lepas.

Projek ketiga bernama Mayfair pula bernilai RM1.4 bilion dan dilancarkan pada tahun 2017.

Projek ketiga telah mencapai tahap penjualan 40%.

Projek-projek ini amat berjaya dan memberi keuntungan sangat besar kepada UEM Sunrise.



Bangga juga apabila nama milik kerajaan Malaysia UEM Sunrise dipaparkan di langit bandar Melboune semasa bangunan-bangunan tersebut dibina.

Tetapi projek ketiga Mayfair telah dibatalkan secara tiba-tiba bulan lepas dan UEM Sunrise mengumumkan bahawa mereka akan memulangkan wang bayaran berserta faedah kepada pembeli-pembeli.

Reputasi UEM Sunrise sebagai pemaju di Australia juga akan terjejas.

Mana ada pembeli yang akan yakin jika projek yang telah 40% dijual dan berjalan selama dua tahun tiba-tiba dibatalkan?



UEM Sunrise to refund buyers
https://www.nst.com.my/property/2019/08/512935/uem-sunrise-refund-buyers

Ini selepas keuntungan UEM Sunrise jatuh 70.5% untuk separuh tahun pertama 2019.

UEM Sunrise sedang menjual balik tanah untuk projek ketiga dengan harga AUS$70 juta (RM200 juta) sahaja walaupun nilai pembangunan projek itu adalah sekitar RM1.4 bilion.

Harga AUS$70 juta Ini hanya akan memberi sedikit keuntungan sahaja berbanding harga asal AUS$58 juta yang dibayar pada tahun 2014.



Amat sayang bahawa syarikat UEM Sunrise tidak lagi dibenarkan untuk meneruskan kejayaan mereka dan menjana keuntungan setelah berjaya mencipta nama mereka di pasaran Australia.

Nampaknya usaha kerajaan BN membina aset negara selama ini adalah hanya untuk PH menjual.

Bukan sahaja projek UEM Sunrise yang sudah 40% siap dibatal dan tanah projek itu dijual tetapi syarikat UEM Sunrise juga dilaporkan akan dijual oleh kerajaan PH kepada pihak swasta.

Dari FB Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker