Fikir masalah rakyat, bukan cari jalan kenakan saya – Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) fokus menyelesaikan masalah rakyat dan bukan hanya mencari jalan untuk mengenakan beliau setiap hari.

Ahli Parlimen Pekan itu secara sinis turut mempertikaikan kerajaan PH yang didakwa bukan sekadar menambah hutang negara, bahkan turut melaksanakan banyak polisi yang tidak relevan.

“Masalah-masalah rakyat seperti yang dilaporkan media patut menjadi fokus kerajaan PH dan bukannya sekadar mahu mencari gaduh di seluruh dunia.

“Kerajaan PH juga melaksanakan polisi tidak masuk akal. Mereka melakukan lawatan ke luar negara untuk melabur di sana tetapi membawa balik hutang dan bukannya pelaburan,” kata beliau dalam laman Facebook miliknya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker