Pas yang khianati UMNO tinggalkan MN

IPOH – Pemuda UMNO membidas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengatakan UMNO akan mengkhianati kawan apabila berkuasa.

Ketua Penerangannya, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie berkata, Pas sebenarnya yang mengkhianati UMNO dengan meninggalkan Muafakat Nasional (MN) kerana mahu bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di dalam Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, menerusi pendedahan dokumen yang dipanggil ‘Pas leak’ pada tahun 2022 jelas menunjukkan terdapat usaha untuk melenyapkan UMNO melibatkan beberapa pemimpin politik.



“Kenapa mereka tuduh UMNO pula makan kawan? Walhal merekalah yang cuba bunuh UMNO dengan tersebarnya dokumen ‘Pas Leak’. Sampai hari ini mereka gagal nafikan dengan tidak berani saman orang yang sebarkan. Orang yang namanya di dalam ‘Pas Leak’ pun tak berani lapor polis untuk nafikan bahawa dokumen ‘Pas Leak’ itu palsu.

“Mungkin Pas lupa. Sikap Pas yang tamak dan khianati UMNO dengan meninggalkan MN dan sertai PN bersama Bersatu kerana waktu itu Bersatu ada kuasa dan wang,” katanya menerusi kenyataan kepada Sinar Harian pada Rabu.

Mohammad Sollehin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tuan Ibrahim yang memberi amaran bahawa UMNO akan mengkhianati kawannya apabila berkuasa dalam satu Ceramah Perdana Gelombang Nismilan Kito Ubah di Lenggeng, Negeri Sembilan pada Isnin

Dalam ceramah tersebut, pemimpin Pas itu memberi contoh penarikan sokongan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Perdana Menteri dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak.



Sementara itu, bagi seorang aktivis politik, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud pula, kenyataan Tuan Ibrahim disifatkan sebagai terdesak dan bercelaru dari Pas untuk membina naratif memburukkan UMNO menjelang hari pengundian.

“Hubungan Pas dan UMNO terbina dengan begitu erat dari air mata akar umbi diterjemahkan dalam penyatuan MN. Tetapi, hubungan ini dikhianati setelah terbentuknya kerajaan PN apabila Pas secara diam-diam bersama Bersatu mendaftarkan PN.

“Sejarah pengkhianatan Pas ini telah lama. Pas pernah berada dalam hampir semua muafakat politik di Malaysia. Dari Barisan Nasional, ke Barisan Alternatif hinggalah ke Pakatan Rakyat, semua hubungan ini gagal. Jadi, Pas perlu tanya diri sendiri, siapa sebenarnya yang bermasalah,” katanya yang pernah menjadi Ketua Koordinator Komunikasi BN.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”



“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen

David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah



Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker