Kaitan keluarga Zeti dengan 1MDB tumpuan dalam rayuan Najib

KUALA LUMPUR: Keterangan berkaitan hubungan keluarga bekas gabenor Bank Negara (BNM), Zeti Akhtar Aziz, dengan dana 1MDB menjadi tumpuan di hari pertama rayuan Najib Razak terhadap pensabitan dan hukuman kes rasuah berkait SRC International (SRC).

Di Mahkamah Rayuan, peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah, berkata keterangan dan dokumen lain di tangan pihak berkuasa Singapura dan AS penting untuk bela diri anak guamnya.

Shafee berkata demikian ketika memohon mahkamah menangguhkan rayuan sehingga Najib dapat memperoleh dokumen tambahan berkait 1MDB, dahulunya syarikat induk SRC.



V Sithambaram, yang mengetuai pasukan pendakwaan, tidak bersetuju, mendakwa ini cubaan untuk melengahkan proses rayuan. Beliau berkata mahkamah hanya perlu beri perhatian kepada dokumen sedia ada.

Barisan tiga hakim yang dipengerushikan Abdul Karim Abdul Jalil menolak permohonan untuk menangguhkan pendengaran.

Terdahulu, Shafee ke Mahkamah Tinggi untuk menuntut agensi penguatkuasaan tempatan menyerahkan kepadanya dokumen tambahan, untuk beliau melengkapkan pembelaan anak guamnya terhadap tuduhan rasuah dan pengubahan wang 1MDB yang sedang berjalan.

Rayuan SRC: Hakim berpengalaman patut mengendalikan perbicaraan ‘Kes Abad’ ini – Tan Sri Shafee Abdullah



Antara dokumen yang dituntut adalah milik syarikat yang dikatakan bawah kawalan ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho, dan keluarga Zeti.

Dilaporkan suami Zeti dan dua anak lelakinya terima wang yang dikaitkan dengan dana 1MDB.

Mereka mengaku tahu tentang wang itu dalam akuan berkanun yang ditandatangani pada Mac lepas.



Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan 20 Mei untuk mendengar permohonan Najib.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas Najib, dan mengarahkan bekas perdana menteri itu membayar denda RM210 juta, selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah, dan pengubahan wang berkait RM42 juta milik SRC.

Kerusi Presiden UMNO panas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker