Bergaduh di Jalan Alor, 5 diambil keterangan

Tangkap layar klip video di laman Facebook memaparkan pergaduhan melibatkan sekumpulan individu di sebuah kedai makan di Jalan Alor Bukit Bintang pada 17 Julai lalu.

KUALA LUMPUR – Polis telah memanggil lima individu bagi merakam percakapan berhubung insiden pergaduhan di sebuah kedai makan di Jalan Alor, Bukit Bintang di sini pada 17 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, pihaknya terkesan dengan sebuah klip video yang dimuat naik di laman Facebook berhubung pergaduhan melibatkan sekumpulan individu.

“Justeru itu, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah menjalankan siasatan berhubung kejadian dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Berdasarkan hasil siasatan mendapati, lima individu dipercayai terlibat dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi itu dan kita telah panggil mereka untuk dirakam percakapan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kertas siasatan berkaitan kes tersebut sedang dilengkapkan.

“Kita akan rujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Terdahulu, tular klip video di laman Facebook memaparkan pergaduhan melibatkan sekumpulan individu di sebuah kedai makan yang mana terdapat individu membaling kerusi plastik ke arah individu lain. – KOSMO! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker