[VIDEO] Rakam Video Berpakaian Seperti Wanita, Pelakon Iqram Dinzly Kembali Cetuskan Kontroversi

Jika sebelum ini, pelakon Iqram Dinzly pernah mencetuskan kontroversi kerana tampil berkelakuan aneh dan pelik di media sosial, dia dilihat senyap seketika dan berita-berita tersebut kemudiannya lenyap dalam arus masa.

Iqram Dinzly
Sumber : Instagram Iqram Dinzly  

Sudah lama tidak melihat Iqram di dunia seni, tidak dinafikan pelakon drama Dunia Baru ini merupakan salah seorang aktor yang berbakat dan hebat dalam dunia lakonan.

Pelakon berusia 39 tahun itu dilihat telah memakai baju dalam berwarna hitam dan bertutur mengenai beberapa isu seperti rambut, kulit dan beberapa hal lain seakan-akan menunjukkan dirinya seorang wanita.



Dia turut membahasakan dirinya sebagai ‘sis bro’ serta menari di samping menyatakan hasratnya untuk berenang sambil memakai baju renang ‘bikini’.

Berikut adalah sebahagian sedutan video, Anda boleh menyaksikan video penuh di Instagram beliau:-

[KGVID]https://videos.files.wordpress.com/V02qUlUV/rakam-video-berpakaian-wanita-pelakon-iqram-dinzly-kembali-cetuskan-kontroversi_hd.mp4[/KGVID]

Komen Iqram Dinzly



Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan sama ada pelakon ini sakit dan perlu dirawat namun ada juga yang tampil memberitahu bahawa Iqram sebenarnya seorang yang normal apabila di luar dan gemar bergurau di media sosial-BeautifulNara

Sumber: Instagram

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker