Kenapa Anwar dan Rafizi berdiam diri dalam isu Petron

Kenapa Anwar berdiam diri dalam isu Petron

Pemimpin Umno mempersoal tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat mendiamkan diri berhubung isu pelantikan Petron sebagai syarikat pembekal bahan bakar api rasmi kenderaan kerajaan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam berkata tokoh itu seolah-olah melindungi salah guna kuasa yang dilakukan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Jadi kita beranggapan, hari ini semua salah laku dan rasuah yang dilakukan Dr Mahathir dilindungi oleh Anwar kerana beliau takut jawatan perdana menteri beliau akan hilang.



“Anwar tidak lagi berani untuk membela nasib rakyat yang dianiaya oleh perdana menteri hari ini,” katanya sewaktu ditemui di Majlis Riadah Merdeka 1Malaysia.

Turut hadir ialah Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datik Seri Rosmah Mansor yang hadir ke Taman Botani Perdana bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan.

Beliau dan isteri meluangkan masa selama 2 jam bersama pengunjung dan peminat sambil menjamu selera dan sesi bergambar.

Terdahulu, dilaporkan Kementerian Kewangan melantik syarikat minyak Petron sebagai pembekal bahan api untuk kegunaan kenderaan kerajaan, memetik memorandum yang tersebar di media sosial.



Bagaimanapun kementerian itu mempertahankan keputusan itu memaklumkan Petron bukanlah pembekal tunggal minyak petrol dan diesel kenderaan kerajaan Persekutuan.

“Perlu ditegaskan, Petronas dan Shell masih lagi merupakan pembekal minyak petrol dan diesel semenjak 1997 untuk kegunaan kenderaan kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Lokman mendakwa Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai “gila korup” selepas membiarkan pelantikan itu diluluskan.

“Tak kan lah mereka tak tahu, Mirzan tu anak Dr Mahathir? Jadi keseluruhan barisan Kabinet ini gila korup lah.”



Tambahnya, kini rakyat Malaysia tidak boleh berbuat apa-apa tindakan dan hanya boleh menerima semua penipuan dan salah guna kuasa yang dilakukan kerajaan PH.

“Kalau Anwar berani, dia akan bangkit ‘pukul’ kerajaan hari ini, kalau dia berani lah. Saya rasa dia tak berani.

“Jadi rakyat Malaysia kena bangkit membantah kerajaan hari ini dan lawan juga Anwar yang menyokong barisan korup kerajaan PH,” katanya.

FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker