Aidit bimbang terlebih mesra dengan Uqasha

Bimbang terguris hati isteri

Aidit bimbang terlebih mesra dengan Uqasha

Pelakon Aidit Noh, 30, tidak memaklumkan kepada isteri, Nur Atiqah Hanani melakonkan babak mesra bersama Uqasha Senrose dalam drama Isteri Halal, adaptasi siri popular Filipina, Legal Wife.

Bagaimanapun, Aidit atau nama sebenarnya, Ahmad Aidit Noh berkata, dia tetap meletakkan batasan ketika di lokasi penggambaran disebabkan isu kecurangan kini hangat diperkatakan di kalangan selebriti.



“Mulanya, saya terima tawaran watak Zayn kerana syarikat produksi, Radius One memaklumkan ia adalah karakter baik.

“Bagaimanapun, ‘plot twist’ menyebabkan watak Zayn jadi negatif apabila berlaku curang kepada isterinya, Adellea lakonan Isyariana Che Azmi).

“Watak Zayn sangat berat kerana perlu melakonkan babak mesra. Bagaimanapun, kami berlakon secara profesional dan berpegang teguh dengan niat hanya bekerja.

“Kemesraan saya bersama Uqasha hanya di lokasi penggambaran dan tidak terbawa-bawa hingga balik rumah,” katanya kepada BH Online.



Jelas Aidit, dia akan berbincang terlebih dahulu dengan Uqasha bersama pengarah, Uchee Fukada sebelum menjayakan babak mesra demi menjaga batas dan menghormati status perkahwinan masing-masing.

“Bagi menjaga batas sebagai suami orang, saya tidak menyimpan nombor telefon Uqasha atau berhubung dengannya di lokasi. Apabila di rumah, saya biasanya tak menyentuh telefon dan fokus kepada keluarga.

“Sebagai suami dan selebriti, saya sangat menjaga kepercayaan isteri. Ini kerana naluri seorang isteri sangat kuat.

“Apabila kepercayaan diberikan sudah ‘pecah’, ia tidak bermakna lagi. Walaupun masih hidup bersama, kebahagiaan pasti berubah.



“Saya perlu menjaga perkahwinan saya,” katanya ditemui pada sidang media drama Isteri Halal, baru-baru ini.

Drama Isteri Halal bersiaran sebanyak 60 episod mengisahkan Adellea yang meninggalkan keluarga untuk berkahwin dengan Zayn, seorang lelaki daripada keluarga miskin.

Perkahwinan memisahkan Adellea daripada keluarganya, namun keuzuran ibu bapa membawa Adellea pulang untuk menjaga mereka. Dalam masa sama, Zayn yang mula terabai tewas dengan godaan Eyra (Uqasha)

Selain Aidit, Uqasha dan Isyariana, drama Isteri Halal turut dibintangi Nazim Othman, Sharmaine Farouk, Sahronizam Noor, Qazem Nor dan ramai lagi. Ia bakal bersiaran di Astro Ria bermula 27 Februari ini. BH



Aidit bimbang terlebih mesra dengan Uqasha

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]



Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker