Jenazah Tun Ahmad Sarji Selamat Dikebumikan [VIDEO]

Jenazah Tun Ahmad Sarji Selamat Dikebumikan [VIDEO]

Jenazah bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, kira-kira pukul 11.58 pagi.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham selesaikan disembahyang di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, pada pukul 11.40 pagi.

Allahyarham yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menghembuskan nafas terakhir jam 1.40 pagi ini, pada usia 82 tahun.

Difahamkan, kapasiti individu yang dibenarkan berada di dalam masjid hanya sekitar 150 orang memandangkan ia tertakluk di bawah pelaksanaan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut catatan Unit Perhubungan Korporat IKIM, Ahmad Sarji yang dilahirkan pada 16 Sept 1938 merupakan pengasas dan Pengerusi IKIM pertama yang dilantik pada 1992, sehingga disandang pula oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 1 Sept 2015.

Pada 4 Februari 2019, Ahmad Sarji dilantik semula sebagai Pengerusi IKIM sehingga kini.

Jenazah Tun Ahmad Sarji Selamat Dikebumikan [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tun Ahmad Sarji Meninggal Dunia – Al-Fatihah

Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Tun Ahmad Sarji

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker