CCR saman Biden gagal halang genosid rakyat Palestin

CCR saman Biden gagal halang genosid rakyat Palestin

WASHINGTON: Sebuah organisasi advokasi undang-undang yang berpangkalan di New York, memfailkan saman terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan anggota pentadbirannya kerana gagal menghalang pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Gaza.

Pusat Hak Perlembagaan (CCR) dalam aduan itu berkata, kes berkenaan dibawa bagi pihak pertubuhan hak asasi manusia Palestin dan individu.



Katanya, ia bagi menguatkuasakan kewajipan undang-undang dan moral paling asas serta penting di dunia iaitu kewajipan untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai dan kehancuran rakyat.

“Tindakan berkenaan dibawa bagi pihak beberapa kumpulan Palestin termasuk Al-Haq dan Defence for Children International,” katanya.

Mereka berhujah bahawa “pembunuhan beramai-ramai yang berlaku” terhadap rakyat Palestin di Gaza setakat ini dimungkinkan kerana “sokongan tanpa syarat” oleh Presiden Joseph Biden, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin.

“AS adalah sekutu terdekat dan penyokong terkuat Israel yang menyediakan bantuan ketenteraan dengan margin besar.



“Israel juga adalah penerima terkumpul terbesar bantuan asing AS sejak Perang Dunia kedua. AS sebenarnya mempunyai cara yang untuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza,” katanya.

Ia juga mendakwa defendan menolak gesaan untuk gencatan senjata atau mengehadkan penggunaan bantuan ketenteraan AS oleh Israel walaupun terdapat jumlah korban orang awam yang mengejutkan.

“Selama lima minggu lalu, Biden dan Blinken dan Austin berganding bahu dengan kerajaan Israel yang menyatakan dengan jelas niatnya untuk memusnahkan penduduk Palestin di Gaza.

Peguam kanan di CCR, Katherine Gallagher, berkata kawasan kejiranan, hospital dan tempat perlindungan untuk penduduk Palestin dibom.



“AS mempunyai kewajipan yang jelas dan mengikat untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai. Mereka gagal dalam memenuhi kewajipan undang-undang dan moral untuk menggunakan kuasa besar mereka bagi menamatkan kengerian ini. Mereka mesti berbuat demikian,” kata Gallagher.

Tuntutan itu difailkan di California dan meminta defendan mengambil semua langkah bagi menghalang tindakan Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza.

“Ia termasuk mendesak Israel menamatkan pengeboman Gaza dan menarik balik kepungan wilayah itu serta menghalang pengusiran paksa rakyat Palestin.

Sekurang-kurangnya 11,180 rakyat Palestin terbunuh, termasuk lebih 7,700 wanita dan kanak-kanak dan lebih 28,200 lagi cedera, menurut angka terkini pihak berkuasa Palestin di Gaza.



Angka kematian Israel, hampir 1,200 orang. Peperangan itu memburukkan lagi keadaan di Gaza, dengan keperluan asas seperti makanan, air dan bahan api semakin berkurangan.

Israel juga mengehadkan penghantaran bantuan antarabangsa yang sangat diperlukan ke kawasan pesisir pantai. BH

CCR saman Biden gagal halang genosid rakyat Palestin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy



Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker