Kerajaan boleh bebas Najib ikut Akta Penjara

Kerajaan boleh bebas Najib ikut Akta Penjara

Kerajaan mempunyai kuasa membebaskan Najib Razak daripada penjara mengikut Akta Penjara 1955 walaupun Lembaga Pengampunan hanya mengurangkan hukuman bekas perdana menteri itu, menurut seorang pesara hakim.

Bekas hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer berkata, Seksyen 43 Akta Penjara membenarkan pembebasan mana-mana banduan “secara lesen”, tertakluk kepada peraturan ditetapkan oleh menteri.

Peruntukan itu turut menyatakan bahawa, syarat bagi pembebasan mana-mana banduan “boleh dinyatakan dalam lesen berkenaan.”

Penjara terletak bawah bidang kuasa menteri dalam negeri.

“Pada pandangan saya, jika kerajaan mahu membebaskan Najib secara lesen bawah akta berkenaan, sudah lama boleh dilakukan,” katanya kepada FMT.

“Ini juga boleh dibuat atas alasan wajar, selepas penghakiman bertentangan seorang hakim Mahkamah Persekutuan dalam permohonan semakan tahun lepas.”

Bagaimanapun, katanya, nampak seolah-olah tiada peraturan sedia ada yang membolehkan Najib dilepaskan, dan disebabkan itu menteri berkenaan mungkin perlu mewujudkan peraturan untuk tujuan itu.

Hamid berkata, proses itu tidak tertakluk kepada sebarang permohonan kepada Lembaga Pengampunan dan bergantung kepada keputusan kerajaan.

“Saya agak hairan Najib dan Umno tidak membangkitkan isu ini dengan kerajaan semasa,” katanya.

Najib, 70, didapati bersalah atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram, dan pecah amanah (CBT) melibatkan dana RM42 juta milik SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Dia memulakan hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos 2022, selepas rayuan terakhirnya ditolak panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Pada 30 Mac tahun lepas, panel Mahkamah Persekutuan berlainan menolak permohonan Najib untuk menyemak keputusan rayuan berkenaan, seterusnya memusnahkan harapan terakhir bekas perdana menteri itu untuk mendapat penyelesaian melalui proses undang-undang bagi kes berkenaan.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Rahman Sebli, yang mempengerusikan panel mendengar permohonan semakan itu, memberikan satu-satunya penghakiman bertentangan dalam kes berkenaan, memutuskan bahawa Najib tidak mendapat perbicaraan adil kerana tidak diwakili peguam ketika rayuan akhirnya.

Menurut Rahman, itu mengakibatkan berlakunya salah laksana keadilan kerana peguam pilihan Najib, Hisyam Teh Poh Teik, tidak diberi masa secukupnya untuk menyiapkan kesnya, seterusnya tidak dapat menghujahkan merit rayuan tersebut.

Pada Jumaat, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengumumkan keputusan memendekkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, bererti dia akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Denda sebanyak RM210 juta turut dikurangkan kepada RM50 juta, dan sekiranya Najib gagal membayarnya, dia perlu menjalani setahun lagi penjara. FMT

Kerajaan boleh bebas Najib ikut Akta Penjara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?

Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen

Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker