Kenyataan Hadi cukup memalukan – TI-M

Kenyataan Hadi cukup memalukan – TI-M

Transparency International Malaysia (TI-M) amat terkejut dan malu dengan kenyataan yang dibuat oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa orang bukan Islam dan bukan bumiputera adalah punca rasuah dan punca kebanyakan rasuah di negara ini.

Presidennya, Muhammad Mohan berkata, ketika negara berada dalam bulan yang memperingati kebebasan daripada penjajahan, kenyataan Abdul Hadi itu cukup sedih dan memalukan.

Ternyata, kenyataan beliau itu tidak berasas dan bersifat provokatif. ”Kami ingin mengetahui sumber dan data di sebalik dakwaannya.

Mereka berpandangan sempit dan rabun tentang rasuah dan menimbulkan perasaan yang berlawanan dengan konsep “Keluarga Malaysia” oleh Perdana Menteri.

”Komen sebegini yang dibuat dalam demokrasi berbilang kaum, etnik dan agama adalah menyedihkan, bersikap perkauman, memfitnah dan berpotensi menghasut,” katanya.

Oleh itu, Abdul Hadi mesti dipertanggungjawabkan oleh penguatkuasa undang-undang dan agensi kawal selia di negara ini seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Muhammad berkata, TI-M menyeru semua rakyat Malaysia dan mereka yang dipilih oleh rakyat untuk mengamalkan pendekatan berasaskan bukti ke arah memahami dan memerangi rasuah dan mengelak daripada memberi kenyataan menyapu.

”Rasuah buta warna – ia memberi kesan kepada kita semua,” ujarnya.

Baru-baru ini, Abdul Hadi berkata, golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera dikatakan kumpulan majoriti menjadi perosak politik dan ekonomi negara.

Beliau berkata, usaha menangani penyakit rasuah wajib dilakukan secara holistik supaya tidak menjadi wabak apabila diambil tindakan yang tidak menyeluruh sehingga ke akar umbinya.

Ini khusus terhadap mereka yang menjadi punca rasuah kerana mengejar harta secara haram. “Sehinggakan, dalam kalangan mereka itulah yang menguasai ekonomi negara lalu menggunakannya bagi merosakkan politik, urusan pentadbiran dan kehakiman.

”Malah, mereka juga golongan yang paling besar merosakkan politik dan ekonomi negara, majoritinya daripada kalangan bukan Islam dan bukan Bumiputera,” kata Abdul Hadi. MG

Kenyataan Hadi cukup memalukan – TI-M


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?

Najib lafaz sumpah laknat

Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker