Kereta api ‘hantu’ bergerak lebih 70 kilometer tanpa pemandu

Kereta api ‘hantu’ bergerak lebih 70 kilometer tanpa pemandu

Sebuah kereta api barang dilaporkan bergerak lebih 70 kilometer dari wilayah Jammu dan Kashmir ke Hoshiarpur tanpa dikendalikan oleh pemandu, lapor laman berita Wion News.

Kereta api itu bergerak pada kelajuan lebih 100 kilometer sejam dari stesen kereta api Kathua sebelum berhenti berhampiran stesen kereta api Ucchi Bassi di bandar Mukerian.



Kejadian luar biasa itu berlaku antara pukul 7.25 pagi (waktu tempatan) hingga 9 pagi (waktu tempatan) apabila kereta api itu berhenti di stesen Kathua untuk menukar pemandu.

Jurucakap syarikat Northern Railway berkata, kereta api dengan 53 gerabak itu kemudian mula menuruni trek di kawasan cerun sebelum kelajuannya meningkat sepanjang perjalanan.

“Kereta api itu dihentikan selepas pegawai meletakkan bongkah kayu di landasan,” katanya.

Pemandu dan pembantu pemandu didapati tidak berada di dalam kereta api itu ketika kejadian.



Pegawai memaklumkan tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu sambil menambah, siasatan telah dilancarkan untuk mengetahui punca sebenar kejadian. K Online

Kereta api ‘hantu’ bergerak lebih 70 kilometer tanpa pemandu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan biar saya mati macam P Ramlee

Kurma Israel tapi label keluaran Palestin



Dua anak menganggur, ayah 70 tahun kerja rider

Pelukan Abby, Marissa undang sebak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker