Kembar siam miliki 4 kaki, 4 tangan, 2 kepala

KELAHIRAN sedemikian dianggap jarang berlaku. – Jam Press/Rare Shot

NEW DELHI – Seorang wanita di India melahirkan sepasang bayi kembar siam yang mempunyai empat tangan, empat kaki dan dua kepala, namun melekat pada badan yang sama, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Ibu kepada pasangan kembar itu, Jitendra Nayak, 23, dikejarkan ke hospital pada 6 Oktober lalu selepas mengalami kesakitan di mana pakar perubatan kemudian meneruskan prosedur kelahiran kecemasan.

Walaupun imbasan yang dijalankan sebelum bersalin sudah mendedahkan keadaan tidak normal dua bayi itu, doktor masih terkejut dengan kelahiran mereka

Dalam sebuah klip video, dua bayi itu sedang tidur tetapi dilihat bernafas dengan sukar apabila dada tunggal mereka bergerak pada kadar yang berbeza.

Badan bayi itu dilihat bercantum manakala kedua-dua kepala mereka condong sedikit ke belakang untuk mengelak daripada bertembung antara satu sama lain.

Menurut laporan, bayi kembar siam itu dilahirkan di sebuah hospital swasta yang terletak di bandar Merta, daerah Nagaur.

Bayi-bayi itu ketika ini dilaporkan sihat, tetapi doktor menasihatkan bahawa kes-kes yang jarang berlaku seperti itu biasanya mempunyai jangka hayat yang rendah.

Kembar itu telah dirujuk ke hospital Jodhpur AIIMS (Institut Sains Perubatan Semua India) untuk rawatan dan perundingan di mana sepasukan pakar akan menjalankan pelbagai jenis ujian termasuk imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).

Selepas ujian tersebut selesai dan keputusan diketahui, mereka akan menentukan sama ada badan kembar itu boleh dipisahkan menerusi kaedah pembedahan. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN

Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker