Elok Ke Makan Daging Medium Rare, Apa Hukum Dari Segi Islam?

Suka makan daging medium rare atau medium well, tapi adakah daging yang dimasak sebegini rupa halal di dari segi hukum Islam?

Rasanya ramai dikalangan kita tidak terfikir tentang isu ini, dan menganggap daging yang separuh masak seperti ini boleh di makan meski tidak merujuk kepada nas-nas atau dalil Al-Quran.

Jadi berbalik kepada soalan pokok, bolehkah orang Muslim memakan daging separuh masak menampakkan warna merah darah seperti medium rare atau medium well di restoran yang menyediakan menu seperti ini?

Ketahui jawapannya berdasarkan kupasan dalil dan pendapat ulama Islam, di bawah.



Halal Di Makan Jika Tiada Darah Mengalir Pada Daging


Imam al-Baghawi ada menyatakan dalam tafsirnya ‘Ma’alim al-Tanzil’ menjelaskan isu ‘Daman Masfuhan’ bermaksud darah yang mengalir dan mencurah pada daging dan isu memakannya.

Berkata Ibn Abbas, “Allah maksudkan ialah darah yang keluar daripada haiwan, yakni yang hidup, memiliki roh dan keluar daripada urat ketika penyembelihan.

Tidak termasuk hati dan limpa kerana keduanya darah beku (tidak mengalir), dan telah datang dalam ‘Syara’ akan halalnya kedua organ itu. Tidak haram juga daging bercampur dengan darah kerana ia tidak mengalir.”



Berkata Imran bin Hudair, ” Aku bertanya Abu Mijlaz tentang daging yang bercampur dengan darah, atau dalam periuk yang terdapat dalamnya merah-merah darah?’

Maka dia jawab, “Tidak mengapa, darah yang diharamkan hanyalah darah yang mengalir.”

Jadi Haram Apabila Terdapat Darah Mengalir Di Dalamnya


Berdasarkan dalil-dalil dari tafsir di atas, daging seperti medium rare atau medium well boleh di makan kerana tiada darah yang mengalir di dalamnya.



Tapi lain pula halnya jika dalam daging tersebut ada darah yang mengalir, maka makanan itu akan jadi haram untuk di makan.

Pendapat Dalam Mazhab Imam al-Syafie


Dalam pendapat mazhab Imam Syafie, terdapat dua pandangan mengenai isu ini iaitu:

Suci – ini adalah pendapat Imam al-Nabawi seperti mana yang diputuskan daripada kalam beliau dalam al-Majmu’. Dan pandangan ini juga sependapat dengan Imam al-Subki.
Najis Tetapi Dimaafkan – bermaksud jika dimakan ia boleh dimaafkan dan hukumnya adalah halal. Tetapi jika bercampur dengan suatu yang asing seperti dijirus air, maka darah yang terdapat pada daging itu tidak lagi murni dan hukumnya najis yang tidak dimaafkan. Ini adalah muktamad dalam mazhab, adapun hidangan lauk daging yang tidak dipastikan bercampur darah atau tidak kerana tidak nampak dan sebagainya, maka hukumnya ia kekal suci.




Berdasarkan penjelasan yang diambil dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan ini, lebih cenderung kepada pendapat Imam al-Nabawi dan Imam al-Subkri, yakni daging yang dimasak seperti medium rare atau medium well adalah suci.

Justeru itu, darah pada daging, urat dan tulang yang sudah dimasak adalah halal dan suci. Manakala jika memakan daging seperti itu boleh memudaratkan kesihatan dan doktor juga melarang, maka ia jadi haram atau makruh memakannya mengikut kadar mudarat.

Banyak Makan Daging Pun Tak Bagus Juga, Ini Sebabnya

Nak tanya sikit, adakah makanan kegemaran kamu daging? Tak kiralah daging masak gulai ke, masak lemak cili padi ke, goreng sambal atau apa jua aneka masakan sekalipun, ianya berasaskan daging.



Jika daging adalah makanan kegemaran kamu, mungkin kamu perlu slow down sikit pengambilan daging dalam diet pemakanan kamu untuk menjaga kesihatan jangka masa panjang.

Daging bukan tak boleh makan tetapi tak elok terlalu kerap dan banyak sangat makan, nak tahu kenapa ikuti sebabnya di bawah.

Berisiko Kena Kanser Dan Penyakit Kardiovaskular

Kajian mendapati individu yang kerap makan daging merah terutama daging yang di proses, boleh menyebabkan diri berpotensi menghidap penyakit kanser dan juga penyakit kardiovaskular.



Bagi yang tak tahu daging yang di proses menggunakan nitrates sebagai bahan pengawet, bahan kimia ini boleh menyebabkan tubuh menghidap kanser usus, kanser buah pinggang dan kanser perut.

Nak Kurus, Kurangkan Makan Daging

Tahu tak sebenarnya kalau nak kurus maka kurangkanlah pengambilan daging dalam diet pemakanan harian kamu, ini kerana daging mempunyai jumlah kalori dan lemak yang tinggi.

Jadi jangan hairan kenapa berat badan tak turun-turun, sebab selalu sangat makan daging jadi jika nak kurus buat pelan diet terbaru.

Terlalu Banyak Protein, Buat Tubuh Kurang Air

Daging mempunyai mengandungi protein yang tinggi dan apabila kamu memakan daging, dalam proses menghadam daging ia akan mengambil banyak air dalam tubuh kamu sepanjang proses penghadaman berlaku.

Jadi bayangkan jika terlalu kerap kamu makan daging, ini akan membuatkan tubuh kamu cepat kekurangan air dalam badan.

Alami Masalah Penghadaman

Sudah ia boleh menyebabkan tubuh kekurangan air, terlalu banyak makan daging juga boleh menyebabkan perut kamu mengalami masalah penghadaman.

Masalah penghadaman berlaku kerana perut kamu tidak mampu menampung makanan yang berlebihan, lalu menyebabkan usus sukar untuk menghadam daging yang kamu makan.

Berasa Cepat Letih

Perasan tak tiap kali lepas makan daging, kamu akan berasa lemah, mengantuk, lemau dan letih? Ini adalah kerana ketika proses penghadam bekerja, darah yang berjalan dalam salur darah bergerak ke bahagian perut untuk membantu mengutamakan proses penghadaman.

Ini bermakna darah kurang bergerak ke anggota bahagian tubuh yang lain seperti otak, lalu menyebabkan diri berasa cepat mengantuk dan letih.

Bermandi Peluh Setiap Kali Makan Daging

Pernah tak rasa pelik badan selalu keluar peluh tiap kali makan daging? Fenomena ini berlaku semasa pertengahan waktu makan atau selepas makan makanan yang banyak.

Untuk makluman hal ini berlaku kerana tubuh menggunakan tenaga untuk menghadam dan memproses daging yang di makan.

Dan fenomena yang berlaku ini dinamakan thermogenesis yang menyebabkan suhu badan meningkat lalu menyebabkan tubuh mandi peluh sewaktu makan.

Badan Berbau

Hidung kamu sering tercium bau yang tidak menyenangkan di tubuh, hingga menjejaskan keyakinan diri kamu? Cuba semak balik kamu selalu makan apa sebelum ini, tahu tak kerap memakan daging boleh menyebabkan badan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Hal ini dibuktikan berdasarkan kajian dari ‘Journal Chemical Senses’ yang mana kajian dilakukan terhadap individu yang tidak makan daging, mengeluarkan bau badan yang menyenangkan berbanding individu yang makan daging.

Bagi yang gemar makan daging, kamu boleh makan cuma tidak boleh selalu dan kuantiti pengambilan daging juga tidak boleh terlalu banyak.

Jika kamu inginkan tubuh badan yang sihat luar dalam, maka amalkan gaya pemakanan yang sihat dengan mengikut sukatan yang sederhana. Wn

Restoran hidang daging eksotik tanpa permit diserbu

Related Articles

One Comment

  1. Rsenye bukan imam nabawi ,tpi imam an nawawi, dan pendapat kedua yang kata darah tidak dimaafkan apabila dijirus dengan benda asing tu syeikh nawawi al bathani .walaupun ada dua nama “nawawi” , tp orangnya berbeza tu. Wallahua’lam

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker