Warga emas rentung dalam kebakaran di Tangkak

TANGKAK: Seorang warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Sungai Pilah, Bukit Gambir, pagi tadi.

Komander Operasi, Rafiah Aziz, berkata lelaki berumur 81 tahun yang dipercayai tinggal berseorangan itu ditemukan rentung di bahagian dapur rumah berkenaan.

Beliau berkata terdahulu, satu jentera ‘Fire Rescue Tender’ (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir dan satu FRT serta satu utiliti bantuan dari BBP Tangkak dengan 16 anggota, digegaskan ke lokasi kejadian selepas Pusat Gerakan Operasi (PGO) negeri menerima panggilan kecemasan pada 6.16 pagi.



“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kekal berkeluasan 20 x 40 kaki persegi telah musnah 80%,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah



Berzina dengan ibu kandung

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker