Rafizi ‘penjilat’ Anwar – Wan Saiful

Rafizi ‘penjilat’ Anwar – Wan Saiful

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan pemimpin-pemimpin muda dalam parti itu tidak lagi dianggap sebagai harapan masa depan politik negara.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, mereka hanya harapkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja.

Beliau mendakwa, mereka juga sanggup ‘menjilat’ apa sahaja demi jawatan.

“Rafizi pernah berkata dia menentang Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan. Bila Anwar ambil jawatan Menteri Kewangan, Rafizi terus amnesia.

“Saya langsung tak menyangka bahawa Rafizi juga seorang penjilat Anwar. Rupa-rupanya presiden dan timbalan presiden serupa sahaja.

“Demi jawatan dan kedudukan, sanggup menjual diri dan menggadai perjuangan,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.

Semalam, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi mempertahankan tindakan Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan walaupun beliau pernah mengecam Datuk Seri Najib Razak kerana melakukan perkara yang sama ketika menjadi Perdana Menteri dahulu.

Rafizi berkata, keadaan ‘luar biasa’ yang dihadapi oleh Kerajaan Perpaduan hasil gabungan pelbagai parti ketika ini memerlukan Anwar menjawat jawatan Menteri Kewangan.

Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor menempelak Rafizi kerana menggunakan alasan tersebut bagi membolehkannya melupakan prinsipnya sendiri.

“Sebenarnya ujian yang menentukan kita berprinsip atau tidak ialah ujian pada waktu yang luar biasa. Nyata sekali perjuangan Pakatan Harapan (PH) adalah penipuan demi nafsu dan tiada prinsip,” jelasnya.

Beliau turut mengingatkan Rafizi pernah berkata, beliau akan menjadi orang pertama yang menolak sebarang rundingan dengan UMNO.

“Namun, selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), dia menjadi salah seorang yang berunding dengan UMNO,” katanya. MG

Rafizi ‘penjilat’ Anwar – Wan Saiful


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker