Wan Rosdy bidas Nik Nazmi

Mana ada pengeluaran nadir bumi haram, kata MB Pahang

Wan Rosdy bidas Nik Nazmi

Kerajaan Pahang menafikan terdapat pengeluaran bahan nadir bumi oksida secara haram di kawasan hutan simpan di Lipis sebagaimana dinyatakan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad di Parlimen semalam.

Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail, menyifatkan kenyataan itu kurang tepat kerana tiada sebarang aktiviti pengeluaran bahan nadir bumi berlaku meskipun terdapat cubaan untuk melombongnya.

“Saya berharap fakta ini dapat diperbetulkan kerana ia telah menjejaskan nama baik negeri Pahang, lebih-lebih lagi kerajaan negeri sejak lima tahun lalu begitu tegas melaksanakan penguatkuasaan bagi membendung aktiviti pencerobohan tanah secara haram daripada berleluasa,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, hasil maklumat dan intipan dilakukan Pasukan Elit Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) pada 20 Mac lalu, mengesan dan menemui satu lokasi yang cuba dijadikan kawasan lombong nadir bumi berdasarkan peralatan ditemui.

“Bagaimanapun, tiada aktiviti pengeluaran dikesan dan semua peralatan tersebut dirampas pihak berkuasa.

“Malah, lanjutan daripada kes ini, UPNP bersama polis dan Penguatkuasa Perhutanan Zon Pahang Barat melakukan pemantauan berkala bermula 3 Mei 2023 hingga 15 Feb di kawasan Pahang barat dan mendapati tiada aktiviti perlombongan nadir bumi berlaku,” katanya.

Semalam, Nik Nazmi berkata terdapat pengoperasian nadir bumi secara haram di beberapa kawasan termasuk Hutan Simpan Jerai di Lipis.

Beliau menjawab Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lee Chuan How, yang mempersoalkan status larangan eksport nadir bumi pada ketika berlaku peralihan teknologi bagi pemprosesan dan industri hilirannya dibangunkan, sebagai suatu langkah untuk memanfaatkan kadar ringgit yang optimum bagi eksport tersebut. FMT

Wan Rosdy bidas Nik Nazmi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’

Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah

Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama

A Aida ‘blacklist’ Ruhainies

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker