Lee Zii Jia juara di Terbuka Artik 2023, tutup mulut pengkritik

Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia akhirnya berupaya bergelar juara semula selepas mengungguli Kejohanan Badminton Terbuka Artik 2023 hari ini.

Aksi perlawanan akhir yang berlangsung di Vantaa Energie Arena, Finland itu hari ini menemukan Zii Jia menentang rakan senegara, Ng Tze Yong.

Sejak awal permainan, Zii Jia cuba untuk menguasai perlawanan dan perancangannya berhasil apabila tidak berdepan masalah untuk memastikan kejuaraan menjadi miliknya dengan keputusan 21-14, 21-15 dalam tempoh 40 minit.

Kali terakhir Zii Jia berjaya menaiki podium sebagai juara adalah pada tahun lalu ketika menjuarai Terbuka Thailand.

Selepas ini, Zii Jia akan meneruskan siri jelajah Eropahnya dengan menyertai Terbuka Denmark yang akan bermula pada Selasa ini.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker